Jan 12, 2011

saya mahu

saya mahu dan cuba untuk lupakan semua kisah-kisah duka lara
saya mahu tinggalkan semua insan yang pernah luka kan hati saya
saya mahu jadik insan yang cantik luar dan dalam
saya mahu nikmati setiap detik tentang kehidupan
saya mahu sentiasa ada untuk semua insan yang memerlukan bantuan saya
saya mahu dan cuba untuk selalu tersenyum
saya mahu dekat dan makin dekat padaNYA
saya mahu diri saya sentiasa berada d hati semua insan yang saya sayang
saya mahu suami , anaknda dan keluarga saya bahagia bersama saya hingga ke akhir hayat
saya mahu semua tahu betapa pentingnya kasih sayang mereka semua untuk saya
saya mahu mereka tahu betapa sayangnya saya pada mereka

dan saya mahu mereka tahu
kiranya saya telah tiada
jangan pernah lupakan saya walaupun sesaat
simpan lah segala cinta dan sayang yang pernah saya curahkan

saya mahu ............

Jan 10, 2011

11.1.11


‎"seringkali kita dapat apa yg kita tidak suka , namun begitu belajarlah menyukai apa yg kita dapat dan bsyukurlah , mungkin itu yg terbaik utk hidup kita"

rahsia aku+marina+DIA .. dan mee goreng !!!!!!

tadi kat opis rse sgt penat , sgt lesu .. i'm so tiredddd... setiap saat aku tgok jam , biler lah nak pukul 5 nih !! gagah kan jugak buat keja mana yg aku larat kat opis tadi ..

dan keja paling senang adalah prepare byrn cukai .. okay seperti biasa hal2 cukai utk Yysn Melaka aku yg akan handle pmbyrn nyer .. cukai taksiran n cukai tanah .. ouh yer d kesempatan ini mahu d ingatkan sila jelaskan cukai2 anda yer jalan kan tjawab anda yer .... yebaaaa!!!

setiap kali nak prepare byrn cukai taksiran a.k.a pintu , aku mmg excited nak siapkan cpt , sbbnya ada rahsia d sebaliknya .. rahsia d antara aku+marina+DIA .. dan mee goreng !!

bile dah siap cek , aku buleh jer nak mtk encik peon mbyrkan cukai2 tue , tapiiii .. rahsianya adalah setiap kali kita org pegi bayar cukai2 tuh kita org akan makan MEE GORENG yg sgt superbbbb d Jasin .. kedai nyer tselit di antara kedai2 yg goreng mee tue pakcik tua jer tapi keenakkan nyer buat aku leh order smpai dua pinggan .. real x real !!! itu lah rahsia aku+marina+DIA ... dan mee goreng !!

tapi....... =(

dalam aku sdg prepare cukai utk tahun 2011 kali nie , buat aku temenung sejenak .. masih adakah rahsia d antara aku+marina+DIA .. dan Mee Goreng ??
jawapannyer tiada lagi rahsia ... kerana
DIA telah tiada
DIA dah jauh nun d sana
takde sapa buleh bawak kami ke sana lagi
demi mee goreng sedap itu
kerana DIA a.k.a PAIRUZ telah pergi

Pairuz ...... =(
Sapa nak bawak aku bayar cukai tahun nie
dan makan mee goreng sedap tue ....................................................

Jan 6, 2011

http://www.youtube.com/watch?v=lrIJGft8ajc

O.M.A.N


(1994 )
mak abah panggil aku dan along dtg mengadap . sgt confuse ? kenapakah ?
nak bagi "gaji" ke ? sbb degil ker ..
dan akhirnya abah bgtau ..
"along , epah .. nak bagitau yang mak pregnant "
what ??!! betul ker ??!! sebab masa tue aku 12 tahun potensi utk ada adik mmg lah
xde dlm fikiran ..
wink..wink.. bukan main happy , terus baring2 apa nak bg ek nama dia nanti ..

( tempoh 9 bulan )

umur mak sgt lanjut masa pregnant , risiko juga sgt tinggi tetapi demi
kasih kan amanah yg sekian lama d nanti2 .. mak tanggung jua ..
berulang alik ke klinik , alami byk komplikasi ketika pregnant
dan time mak pregnant abah bertugas luar dr melaka
mak lah yang sedia kan segala2nya dan memikul sbhgn tjwb abah
wpun dlm keadaan yg penuh dgn dugaan
mak masih mampu tersenyum
setiap malam , mak selalu mendodoikan anak yg di kandung
dengan ayat2 suci agar anak itu akan menjadi anak yg soleh
mak selalu baca surah Luqman ... selalu sgt .. dgn harapan
agar anak yg di kandung terang hatinya utk meniti kehidupan
yang bakal dia jumpa
dan seingat aku , aku lah doktor peribadi sepnjg
tempoh 9 bulan , mencari nadi , mdengar nadi
bimbangkan apa lah khabar agknya anaknda di dalam sana
begitu lah kasih nya emak kepada "dia" di dalam sana
9 bulan kemudian ... dia di lahirkan dalam keadaan paling
sukar , sukar sekali .. namun demi kasih demi anak
emak tempuhi ...... betapa besarnya pengorbanan mu bondaaaa!!


( 16 tahun lalu dan kini .. )

kini ... sempena ayat suci itu bonda nama kan zuriat itu
Muhamad Lukhman
dia memang sgt istimewa
antara kami 3 beradik
dia paling bijak
dia paling sopan
dia paling cerah
dia paling berhemah
segala2nya dia adalah yg terbaik
kami bertiga

kasih aku pada dia
hanya DIA yang tahu
mmg aku paling "busy body"
mmg aku lah "guru besarnya"
mmg aku lah "penceramahnya"
dan segala-lanya aku curahkan
demi kasih ku pada dia

adik ku...
kau perlu tahu , hidup d dunia amat lah payah
penuh dugaan penuh liku
hari ini
kau masih ada mak ada abah
kau masih ada angah ada along
bayangkanlah suatu hari nanti
kami hilang dr mata
pada sapa
tempat kau mengadu
tempat kau bergantung harap
maka
adik ku ..
muhasabah lah dirimu
akan kami bimbing kau ke jalan yang lurus
jika itu yg kau mahu ......



Jan 5, 2011

27 tahun kemudian ... tingg ....

dulu masa aku buat perangai , ikut rasa hati , memberontak aku x penah fikir perasaan dua orang tua yg begelar mak dan abah ..kdg2 aku ingat tjwb sbg anak , tapi sampai masa aku lupe .. aku langgau je x ingat apa rasa mak dan abah .. buat mak menitis kan air mata ... =( itu lah kisah lampau aku yg penuh dgn kenakalan

27 tahun kemudian........tingggggggggg......


jam 1.47 ptg , 1 mac 2009 , kala itu lah setiap filem aku masa lampau di rewind kembali ... menyesal .. penuh rse insafffff .. bukan mudah melahirkkan zuriat penyambung generasi apatah lagi mendidik dan mbesarkan amanah yg di beri ..

anaknda aku kini berusia 1 tahun 10 bulan tetapi cabarannya maha lah hebat .. adakalanya terasa manis , adakalanya gerammmmm banggattt .... benar2 menguji kesabaran dan saat tue juga lah tkenang mcmnie lah cabarannya yg mak abah aku mbesarkan aku ntah2 lagi besauuuu cabarannnya .. semakin hari semakin mcabar tjawab sbg ibu , dan setiap detik itulah mendewasakan aku , menjadikan aku insan yg bertambah matang .. bsyukur d beri kesempatan utk merasai setiap detik bgelar ibu ..

mudahan Allah berikan aku kekuatan dan idea utk didik HANA DAMIA jadi manusia yg berguna d dunia dan akhirat aminn...

buat mak dan abah , terima kasih kasih mu tiada tandingan , I LUV U !!


dan buat mu Ya Allah aku mohon dengan kasih Mu , izinkan lah dan berikan lah aku kesempatan membahagiakan mak dan abah ku sebelum kau menjemput di antara kami pulang ...... aminn

Jan 1, 2011

2011 = -5kg

Happy New Year ppls!!




Azam losse weight 5kg for healthy !!

2010
86kg workout ---> 75kg
Alhamdulilah

2011
75kg -----> 70kg?? buleh kah ??