Sep 27, 2011

babak 5 hari


babak 5 hari

mengetahui dengan lebih dalam bahawa abah menyayangi kami semua
mengetahui bahawa abah memang insan yang di sayangi dan di sanjungi oleh ramai insan
mengetahui bahawa abah insan yg memang sgt tenang dan senang dlm menghadapi dugaanNYA
mengetahui bahawa abah memerlukan anak-anak di saat2 susahnya tanpa memberitahu niat sebenar hatinya
mengetahui bahawa hakikatnya emak adalah insan yang paling tabah dlm menghadapi dugaaNYA
mengetahui bahawa emak dan abah adalah pasangan sehidup semati memperjuangkan cintanya
mengetahui bahawa aku adalah insan yang paling bertuah mempunyai suami yg penuh dgn tjawab
mengetahui betapa aku menyayangi lokman atas nilai murninya sbg adik yg paling bongsu
mengetahui bahawa setiap pertemuan dgn insan baru yg mencurahkan ilmu adalah takdir dan ketentuannya
mengetahui bahawa keluarga adalah segala-galanya dr segala yg ada
mengetahui bahawa khasiat ayat Al-Quran dan doa adalah segala-galanya
mengetahui bahawa hidup atau mati bukan pilihan kita malah bersediakah kita untuk menghadapinya
dan ...
mengetahui bahawa babak 5 hari yang lalu mempunyai hikmah di sebaliknya utk aku fikirkan
apa erti sebenar
kehidupan ......

Sep 26, 2011

gengaman yang bakal di leraikan

menghargai insan tersayang..

minggu lalu Allah bebenar mengajar aku apa erti di hargai dan menghargai..

Maha Suci Allah , hanya DIA yang mengerti saat insan yang tersayang sedang berjuang

antara HIDUP atau MATI .. hanya ada dua pilihan HIDUP atau MATI !!??

dan saat itu kau terasa gengaman insan yang kau kasihi bakal terlepas dr gengaman erat yg telah lama kau jalinkan

terasa kuat sungguh debaran yang singgah di dada , Allah Maha Besar hanya DIA sajalah yang bisa

memutuskan , meleraikan atau sebaliknya gengaman itu ...

dan kerana kehendakNYA jua lah DIA masih memberi dan meminjamkan aku insan itu untuk di hargai dan di kasihi

Maha Suci Allah setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan ceritanya ..

dan yang pasti aku sedaya upaya akan terus mencuba untuk tidak akan sia-siakan setiap insan yang aku kasihi untuk kedua kalinya

insyallah ...


........ hargailah dia sebelum kau menoleh dia telah berlalu pergi dan tidak akan kembali ..........