Jun 28, 2010

- sometimes -

Kadang - kadang
kita rasa ..
kita sangat betul
apa yang kita cakap
semuanya betul
orang lain cakap
semuanya salah
tanpa mahu kita
mendengar alasan
orang lain

Kadang - kadang
kita rasa ..
kita baik sangat
sangat berbudi bahasa
suka tolong orang
tapi kadang - kadang
pertolongan itu
tidak kena tempatnya
dan pertolongan
itu telah menganiaya
orang lain yang
sepatutnya memerlukan
pertolongan itu

Kadang-kadang
kita rasa
kita kena cakap benar
jangan simpan belakang
cakap depan-depan
tapi kita tahu
atau tidak
cara kita cakap benar itu
dalam nada yang
benar @ menyakiti
hati orang lain

Kesimpulannya
kadang-kadang
kita itu
kita kena fikir-fikirkan
supaya kita tahu
di mana
letaknya kita

Aku bukan sempurna
sama sekali tidak sempurna
tetapi
adakalanya aku rasa
terluka di atas rasa
KADANG2 orang lain ...

Jun 27, 2010

- tentang EMAK , MAMA dan HANA -




tentang emak , mama dan hana
hari minggu lalu aku bawak hana balik sutera belia , kira mcm hana nie balik kg lah .. padahal x smpai 5 minit je dari melaka baru .. ehehehehehe ..

emak , happpy x tkira bila nampak anak dara aku balik sutera belia .. di layan bagai kan puteri .. anak dara sorang tue memang bawak ke mana je , sume suke .. alhamdulilah .. semoga anak mama wpun d mana berada sentiasa dalam lindungan Allah dan di kasihi sume umat manusia .. aminn ... bercerita tentang emak , mama dan hana ..masa aku basuh pinggan kat dapur .. terdetik aku tentang emak ..


emak , walaupun penat
bila mama dan hana
pulang emak paling ceria
walaupun kepenatan

teringatkan emak
kalau masa emak
jadi penjawat awam
emak selalu marah2
bila balik kerja..
bosannyer time tue
tapi bila aku jadik

mama
aku dah jumpe jawapannya
sebab apa emak marah2 bila
balik dari kerja
sebab emak penat
tempuh 8 jam
yang penuh dugaan bila bkerja
dan sekarang aku
tempuhinya



dulu bile emak
mintak aku lipat baju
aku x suke
x kan aku lipat
walau sehelai sepender
tapi bila aku jadik
mama ,
baru aku tahu
kenapa emak mintak
aku lipat baju
sebab emak
ada dua tangan
banyak lagi tjawab
mak nak selesaikan
dan sekarang
aku dah pandai
lipat sehelai sepender

emak selalu rotan
membebel x tentu hala
tapi bila aku jadik
mama ,
baru aku tahu
kenapa emak rotan
sebab sekarang
aku pun babab hana
supaya hana jadik mcm
aku bile emak rotan
insaffff ...


bila dulu abah xde
keluar bekerja ,
risau x tentu rasa
naik risau aku tengok
tapi bila aku jadik
mama ,
baru aku tahu
betapa risau nye kita
bila suami jauh
d mata

E.M.A.K

betapa besarnya
pengorbanan manusia
yang begelar
emak
pada mama dan kini hana
wpun timbunan
harta dunia aku berikan
belum tentu dapat balas
jasa emak

emak ,
mama n hana sayang mak ...
sayang sangat .. i lu v u !!

Jun 22, 2010

andai aku pergi dulu


malam itu antara papa dan mama

mama :

pa .. ma ada hal nak cakap .. buleh


papa:

ckp ma , apa u nak cakap

mama :
ma tahu papa sure marah klu ma ckp hal nie,
tapi ma x dpt nak tahan , hal nie kalau x ckp ma takut mnyesal ..

papa:

ckp je ma


mama:

papa , kalau mama pergi dulu ( sebak , air mata dh nak keluar )

mama ada sesuatu nak papa tunaikan
d kubur mama nanti ,
mama nak papa naikkan nisan
sekadar kayu dan benteng nya
hanya lah kayu pa
itu sahaja yg mama mahu pa ..

papa:
( papa terdiam )

ma .... begitu jgak dgn papa

apa yg ma rasa terbaik utk masa hadapan

yg kita x pasti utk kita

ma buat lah jugak utk papa


mama:

mama x dpt nak hilangkan rasa nie pa
hari2 psoalan ttg kehilangan orang tsayang
dtg dlm fikiran mama ..
ma takut pa .. takut ...

ma nak bsama2 ngan papa

tgok hana mbesar depan mata ..

papa :
kita x tahu apa yg tertulis utk kita ma

kita hadapi setiap hari yg dtg dan redha


mama:

pa kalau mama pergi dlu
jgn lupe pada mama yer pa

papa:

mama u tahu siapa i

dan u tahu yang i hanya utk u ..

dan u kena yakin yang i akan
sentiasa ada utk u ...
ingatan i hanya ttg u ma ...

mama:
i luv u pa ...

- REJAB kali ini -

alhamdulilah
bulan REJAB kali ini
setiap hari punya cerita sendiri

yang BARU
laksanakan misi sendiri
setiap hari d bulan REJAB
yang BARU
mahu datang melawat kami
nun di bawah sekali

d bulan REJAB ini
cerita tentang KAMI
makin mekar di setiap hari
terasa bahagia di sudut hati

DIA tersadar
dr mimpi di bulan REJAB ini
terlalu banyak mimpi
maka DIA kini
mula berpijak d bumi sdiri

d bulan REJAB kali ini
yang LAMA

menyampaikan khabar
dari sana
menyatakan betapa
yang LAMA
masih menghargai
dan merindui kami
di sini

alhamdulilah
bulan REJAB kali ini
terlalu banyak cerita
yang istimewa sekali

semuga REJAB yang nanti
akan bsinar lagi


Jun 18, 2010

- s.a.h.a.b.a.t -

Tegur aku jika aku mulai sombong…



Tegur ak
u jika aku mulai angkuh…



Tegur aku jika a
ku mulai salah…



Kerana aku masih
perlu sahabat seperti kamu…
Hari ini,
esok dan selamanya...




Persahabatan itu seperti tangan dgn mata...

Saat tangan terluka, mata menangis...
Saat mata menangis tangan menghapuskannya ..

MAGHRIB yg HANGAT

MAGHRIB yang HANGAT
bukan azan yang syahdu

yang aku dengar tapi ....

bunyi nada dering sms
yang HANGAT bakal aku baca

astagfirullaha'azim
astagfirullaha'azim


MAGHRIB yang HANGAT

kenapa bila DIA di tekan

dan kemudian AKU tempat di menekan

dengan tekanan yang DIA tertekan

HANGAT sungguh air mata yang mengalir
hanya itu yang mampu aku ubatkan
dengan tekanan
di MAGHRIB yang HANGAT

ALLAH yang maha esa

kau ada dekat dengan ku
kau yang SATU
kurniakan sesuatu agar
MAGHRIB yang HANGAT
terus berlalu

Jun 17, 2010

- 3 LELAKI itu -

kisah tentang 3 LELAKI itu


LELAKI s.a.t.u

di sebabkan LELAKI itu , aku wujud di dunia dan kerana kasih sayang LELAKI itu dengan emak maka aku lahir di dunia . dalam tempoh 28 tahun aku bernafas di muka bumi Allah ni , terlalu banyak cerita tentang LELAKI itu dah aku saksikan . LELAKI itu tabah , setenang-tenang bunyi dengkurannya setiap hari .. ahahaha ..
terlalu banyak pahit yang LELAKI itu harungi sebelum LELAKI itu rasa manis pada hari ini . dulu LELAKI itu hanya lah buruh , tapi LELAKI itu punya misi , punya azam demi kami walaupun ada mulut keji yang mencaci dan kini LELAKI itu .. menjadi tunggak di setiap komuniti ..


LELAKI itu adalah ABAHku !!


LELAKI d.u.a

LELAKI itu datang mcm cahaya saat kgelapan . meninggalkan LELAKI dulu utk harung hidup yang baru . dan kerana jodoh dan kasih sygnya kini dia menjadi LELAKI terhebat dalam hidupku .
terima kasih papa , kamu yang terbaik dlm hidup kami .
kita bersama titipkan doa semoga setiap hari menjadi milik kita bersama hingga ke akhirnya .


LELAKI itu adalah SUAMIku !!


LELAKI t.i.g.a

LELAKI ini lah yang membesarkan LELAKI terhebat dalam hidup aku , dia sgt cool !!! berjiwa mulia pada setiap insan d dunia. terima kasih abah kerana terima aku dalam hidup kamu semua !!


LELAKI itu adalah ABAH MERTUAku !!


kepada 3 LELAKI itu ,

terima kasih kerana menjadi LELAKI-LELAKI
yang penuh bermakna dalam hidup aku setiap hari .

SELAMAT HARI BAPA !!

- YAKIN tentang HIDUP -


YAKIN tentang HIDUP

selalu merungut , itu x kena ini x kena dengan HIDUP kita
kita x sedar yang sebenarnya rungutan tu
ada kemungkinan akan jadi satu doa

bila kita pilih jalan "itu" untuk HIDUP
maka kita kena YAKIN tentang HIDUP yang kita pilih
HIDUP kita sebenarnya mcm main catur
kdg2 kita menang dan kdg2 kita kalah
bila kita kalah jangan terus menyerah
tapi kita usaha untuk menang

bila ada yang sakitkan hati kita
kalau ikutkan kata hati
boleh mati jadiknya kalau
kita layankan sapa yang sakitkan hati kita
tapi kita kena YAKIN tentang HIDUP
kalau kita di pihak benar
SABAR dan YAKIN pasti
satu hari nanti dia tahu kita di pihak yang benar
x guna kita sumpah seranah
YAKIN tentang HIDUP
yang ESA itu ada untuk kita

kadang2 ada perkara yang kita usahakan
mcm xde perubahan
aku di antaranya yg suka merungut
tapi lama2
bila aku YAKIN tentang HIDUP
setiap yang kita usahakan
pasti ada hasil
percayalah walaupun ianya
sebesar zarah

kita rasa dia mula lalai
tentang kita
kita rasa kasih sayang dia
mula susut pada kita
tapi kita kena YAKIN tentang HIDUP
pasti ada sebab dari dia
yang kita patut tahu
dan patut kita usahakan sesuatu
untuk HIDUP kita dengan dia
kembali seperti dahulu

aku belajar tentang HIDUP
dengan manusia dan musuh
di sekelilingku
aku masih belajar tentang HIDUP
dari mereka
dan yang nyata kerana mereka
aku semakin
YAKIN tentang HIDUP ku

Janganlah kamu berputus asa dari
rahmat Allah maka YAKIN lah tentang HIDUP mu



Jun 16, 2010

- yang LAMA terkenang2 -


DIA masuk lagi dan kali ni terlalu banyak perkara yang DIA luahkan dan banyak amanah yang DIA tinggalkan . adakalanya ada rasa amarah yg dtg tapi kdg2 timbul rasa ............... walaupun rasa byk kerja terbeban di kepala , aku terima dengan ungkapan bismillah hi tawakal agar semuanya berjln lancar .

bebanan makin bertambah-tambah dan yang nyata kami perlu jadik LURUS dan TEPAT mcm PEMBARIS dan time2 nie lah yang LAMA terkenang2 . yang BARU bukan x di kenang mungkin masih lagi dalam proses perkenalan dan yang BARU pasti ada misi sendiri.

penuh dengan harapan agar yang BARU akan sentiasa di hati mcm kami simpan yang LAMA sentiasa di hati dan tanamkan dalam fkiran rasa yang +ve agar rsa sayang pd yang BARU akan hadir . aku yakin yang BARU punya misi sendiri untuk kita semua maju ke hadapan . pasti!!

buat yang LAMA tetap menjadi KENANGAN TERINDAH .
terima kasih x terhingga dari aku buat yang LAMA ..



- cerita KAMI -

semalam ..
ada sesuatu yang tersimpul dah terlerai simpulannya ,
tentang cerita KAMI .

jadi satu kelegaan buat aku dan mungkin KAMI , bila ada ayat-ayat penyata yang menceritakan dgn apa yang terjadi tentang cerita KAMI . cerita KAMI tak berat mana pun tapi bila adanya komunikasi antara KAMI maka segala yang bermain di fikiran jadik tak betul sama sekali dan aku dah tahu perasaan antara KAMI . alhamdulilah jadik satu kelegaan utk aku selepas ini .
kesimpulannya jangan jadik kan ilusi dan sangkaan -ve menguasai diri , bila kita tak tahu apa cerita sebenarnya dan jangan kita biarkan kerana mulut dan fikiran badan binasa ..




dan yang pasti DIA masih SEPERTI DAHULU dan sekarang ..
ahahaha DIA semakin anggun !!!
"kak kau membakar semangat aku tuk jadik mcm kau !! i luv u laling" :)

Jun 15, 2010

-bila DIA masuk-



bila DIA masuk
serta merta kepala jadik pusing
stress datang lagi

arahan demi arahan
persoalan demi persoalan

farzie
awak semak " bla .. bla .."
farzie
cuba awak drafkan "bla .. bla .."
farzie
nanti kita bincang "bla .. bla .."
farzie
awak dah check kat pejabat tanah ...

hmm ..
walaupun kepala jdik pusing
stress datang lagi
walaupun mulut aku bising

di hati kecil
aku tahu
kpercayaan , kebolehan
dan rezeki yang halal
serta ilmu
insyallah
ada pada ku



*( dan aku dedicated kan note di atas untuk
pn. marina , pn. sharipah dan staff Yayasan Melaka
yang berhempas pulas dengan tugas2 anda )


-DULU tapi bukan SEKARANG-

alhamdulilah terima kasih Ya Allah dgn udaramu dan segala kurniaanmu

lately nie , terlalu banyak ujian , dugaan yang datang . menjadi satu rutin untuk aku terus berfikir dan berfikir .

akhir-akhir nie , jiwa aku mudah sensitif dengan gurauan kawan2 . x tahu kenapa , mungkin

SEKARANG dah tak sama mcm DULU .
yang DULU dekat SEKARANG makin jauh dan jauh .
DULU rasa macam faham SEKARANG macam confuse
SEKARANG kelat DULU manis
maka ianya DULU tapi bukan SEKARANG



semalam papa x sihat , kaki sakit lagi . tapi betapa kuatnya semangat papa harung sakit yang dia bagitau terasa mcm nk mati . punca rezeki keluarga dengan peluh keringat papa . maka sakit atau tak papa paksakan diri harungi . betapa besarnya pengorbanan papa .


DULU kami berdua SEKARANG kami bertiga
SEKARANG usaha papa berganda berbanding DULU
tapi DULU dan SEKARANG cinta aku hanya untuk papa




SEKARANG aku sedang menambah usaha untuk buktikan pada someone yang aku bukan RAKSASA @ PERKASA . banyak giler dugaan untuk dapatkan perubahan yang mcm DULU tapi mungkin takkan sama mcm DULU . insyallah kalau kite diam diri tanpa usaha xkan ada apa2 hasil yang akan datang , tapi kalau aku usahakan sesuatu pasti akan dapat hasil , biarpun usaha itu terjadi beransur-ansur .

jangan mudah berputus asa , kerana perubahan itu akan terjadi
beransur-ansur . anda akan menghadapi banyak rintangan yang
yang akan melemahkan semangat , maka jangan biarkan ianya
menguasai diri



Jun 9, 2010

- cahaya itu yang aku kejar -

ianya pasti semakin hadir .. dan pasti akan tiba harinya .. hmm dalam aku menjalani kehidupan seharian .. selalunya aku leka mengutamakan yg sepatutnya aku laksanakan ...
contohnya ... asyik fkir nak slim kan badan ... risau bukan main ... belek sana belek sini ... berusaha sungguh2 , diet makan , buat exercise seolah2 mcm esok dapat hasilnya ... tak salah kalau semua itu demi kesihatan .. lebih baik lagi dalam masa yang sama kita berusaha sungguh2 menambahkan iman , buat ibadat seolah2 kita akan mati esok hari ..
time ni rasa insaf tapi kdg2 kejap je lagi kita terlupa ... lalai .. alpa ...
Ya Allah .. tetapkan lah iman hambamu ini dalam mengejar nur mu Ya Allah ...

Jun 6, 2010

my 1st note

alhamdulilah .. rse happy , mcm x percaya kini sy ada blog ..
adakalanya kite rse d sekeliling kite ramai yg buleh mdgr segala masalah n luahan hati kita , tapi rse mcm x memadai kan ..so dgn ada nye blog nie harap sgt dpt melegakan rse hati ..