Sep 21, 2012

KEHIDUPAN YG SEMPURNA

saya pernah di gelar GILA, saya pernah di panggil BUDAK NAKAL, saya juga pernah di PULAU kan dek kerana sesorang, saya pernah rasa SENDIRI, saya pernah lalui HIDUP SENDIRI tanpa TEMAN , saya pernah rasa KOSONG , saya pernah hilan ARAH ntah keMANA-MANA , namun Allah itu Maha Adil, di saat kematangan , buat aku berfikir , dugaan yang pernah aku lalui , hakikatnya penuh dengan HIKMAH , kerana di saat ini .... Allah telah hadiahkan KEHIDUPAN , yang serba SEMPURNA walaupun SEDERHANA , aku rasa cukup MEWAH atas ihsan Allah buat aku yang bernama HAMBA , aku masih punya abah dan emak begitu juga mertua , dan aku percaya masih doa dan berkat dari mereka buatku , aku punya adik beradik yang masih dan masih , cuba dan terus mencuba untuk bersatu di saat getir yg melanda , aku punya suami yang tidak pernah merungut walaupun sepatah , di atas kekurangan ku .. dan selalu tinggal kan satu rasa , yang aku isteri yang sempurna , aku punya zuriat yang sungguh bijaksana , dan matang dari usia , dan aku juga punya , KAMU, kamu dan kamu , yang tiup kan seribu rasa yang tidak bisa ku ungkapkan dengan kata-kata , Wahai Allah terima kasih , di atas Anugerah dan Ihsan mu buat hambaMU , yang masih dan masih cuba , untuk melahirkan dan menzahirkan , rasa cintabuatMU dan Rasul Mu , dan wahai Allah , semuga di satu masa , kita dapat bertemu , dan di saat itu juga lah , kehidupan ku akan rasa sgt SEMPURNA <3

Sep 18, 2012

ISLAM ITU INDAH

aku terpanggil untuk menyatakan seribu mahupun beribu2 persoalan yang bermain dalam fikiran aku nie .. dan hakikatnya persoalan ini telah lama bermain2 dalam kotak fikiran jangan rasa pelik kalau aku nyatakan ianya telah lama bermain sejak zaman sebelum aku baligh .. kenapa mengapa!!?? ISLAM sering menjadi bahan untuk di permainkan? bahan untuk di provakasikan? bahan untuk di persendakan? bahan untuk di persoalkan? bahan untuk di lakonkan? dan beribu2 persoalan !??? dan yang pasti!!!??!! jawapannya ISLAM itu BENAR ISLAM itu INDAH ISLAM itu MUDAH ISLAM itu adalah SEGALANYA !!!! cuba kau lihat dunia di sana sini adakah AGAMA LAIN di perlekehkan ? adakah AGAMA LAIN di provokasikan ? adakah AGAMA LAIN di persendakan? ada !!????? sangat nyata TERANG LAGI BERSULUH manusia-manusia yang cuba untuk menjadikan ISLAM sebagai MAINAN takut dengan bayang2 sendiri pada hakikatnya mereka itu tahu HAKIKATNYA ISLAM ITU BUKAN AGAMA BUDAYA!!!! ISLAM ITU BUKAN PENGGANAS!!!! ISLAM ITU AGAMA YANG BENAR!!!

Aug 29, 2012

pitam yang membawa sinar

Tidak ramai yang tahu Pitam yang dulu Telah banyak membawa sinar Dalam kehidupanku Sungguh.... Syukur Allah berikan sakit Di suatu ketika Dan rupanya Allah cuba Beri petunjuk untuk aku Puas ku ikhtiar Mencari penawar d atas kesakitan Namun tidak temui Aku tidak pasti Di mana mulanya Secara tiba2 ku temui Penawarnya...hanyalah Melalui ayat suci yang Ku basahkan di bibirku sendiri Ouh Allah Semakin lama di hayati Semakin aku rasa sinar dan nikmatmu Bertuahnya aku Menjadi insan terpilih Untuk berpatah balik ke jalanmu... Sungguh pitam itu membawa sinar~~

Jun 4, 2012

Ruang ku ~

BismillahiRahmaniRahim~

Aku perlu ruang untuk menjadi diri
Sepertimana di hari pertama hari kelahiranku
dan seperti hari pertama harapan abah dan emak
tentang jalan hidupku!!

Aku mahu bentuk segala ruang
Penuh dengan lensa kehidupan yang positif
Yang penuh dengan corak aku sendiri

Aku tak bisa segala ruang
Di isikan dengan corak insan lain
Yang hanya tahu mengisinya dan menguasainya
dengan hati yang penuh angkuh dan noda

Aku tidak menabur prasangka pada semua
Cuma rasa penat dan tenat dalam membina ruang yang positif
Menghadapi setiap emosi insan lain
Yang punya pasang surutnya
Tanpa memikirkan emosi ku di mana?

Wahai kekasihku yang Agong
Bantulah aku dalam segala hal
dalam aku membina ruang hidup ku
berdasarkan landasan Mu ..
Hanya pada Mu sahajalah aku meminta ~~

Luv luv luv

Feb 26, 2012

guruh itu !

sesaat ku sudahi rakaat ku yang terakhir asar tadi

hujan turun membasahi bumi

Alhamdulilah doaku mohon agar hujan turun di dengari Allah

benar Allah tidak pernah tidur , setiap detik di hatimu

penciptamu maha mengetahui ..

sesudah itu , ku putuskan

mencapai Manzil yang ku beli

murah sungguh harganya, cume RM1.50

namun isi kandungannya tidak semurah di tag

tidak ternilai harga nyer..

semakin ku baca

semakin guruh dan kilat berdentum

subhanallah bergetar sungguh hati ku

Allah hu Akbar.. ku beralih ke satu sudut

di samping suami dan anaknda

yang sedang berpelukan

ku teruskan pembacaan ..

semakin kuat dentuman itu

ku terdiam ..

dan ku berfikir sejenak

kiranya tiba2 berlaku lah

dan smpai lah masa hari kiamat

bagaimanakah kita ?????

sempat kah mengucapkan taubat ??

berpelukan dengan suami dan anaknda tercinta

adakah memberi makna di saat itu ??

sedang ibu menyusukan anak di saat itu

akan terlepas dari dukungan ...

Allah ..... kerdil sungguh ku rasakan

jahil nya aku kerana telah menzalimi diri ku selama 30 tahun

aku menumpang di bumi mu ..

luluskah aku di perhimpunan di mana

semua mengetahui keputusan di atas ujian di dunia dulu ..

Allah .. bantulah aku dalam mengingatimu

bantulah aku dalam menunaikan ibadat kepada mu

aku insan yg penuh dengan noda

namun mengharapkan rahmat dan redha mu

agar di sana nanti syurga lah tempat ku...mudahan

Feb 21, 2012

aku lihat dari satu sudut dunia dan di sana~

fikiran aku seringkali melayang
memikirkan hal dunia dan di sana ~~

yang aku amati dari satu sudut
masih adakah manusia
terlalu mengejar dunia
menongkah langit
tidak larat subuh
tidak ingatkan zuhur
tidak perasankan asar
tidak adanya maghrib
tidak laratnya isya'
tidak ku tuju pada sesiapa
namun ingatan buatku dan semua
agar yang lima itu jangan kau goyahkan
demi dunia yang pasti ada penghujungnya

ouh ... kalau lah bisa ketika di mahkamah akhirat
boleh memberi 1001 alasan seperti di dunia
maka semakin lalai lah kita ...

apa lah sangat harta dunia mahu di kejar tidak cukup masa
kalau tidak di imbangkan harta akhirat dengan berbaki masa yang ada

aku takut untuk diriku
aku jua takut untuk yang lain

namun aku manusia
tidak bisa memberi seribu andaian dan hukuman
untuk seorang manusia
yang aku lihat dari satu sudut
yang sebenarnya tidak aku tahu siapakah dia sebenarnya di sisi Nya......

Feb 20, 2012

tenung dalam-dalam

kalau aku tenung dalam-dalam mata "abah dan emak"

banyak sudah ku sakiti hati mereka
banyak sudah telah dosa aku cipta
Wahai ayah dan bonda ampunkanlah segala dosa
agar dengan redha mu , redha Allah ku terima jua

kalau aku tenung dalam-dalam mata "si suami"

banyak sudah tanggungjawab yang aku alpa
demi mengejar sesuap nasi membantu mencari rezeki
apalah yang ada dalam hati mu wahai suami
di saat ku tinggalkan kau sendiri
tanpa aku menemani di sisi
namun suami
ku mohon kau mengerti
yang ada di lubuk hati
perasaan rindu sentiasa di hati
semuga di suatu masa nanti
kita sentiasa bersama di sisi

kalau aku tenung dalam-dalam mata "anaknda"

kau terjaga di saat aku masih memejam mata
aku terjaga dan kau telah pun terlena
namun di sudut matamu dapat aku lihat
terbit satu penantian agar dapat
memeluk satu rasa
meminta satu suara
agar dapat berkongsi rasa
namun wahai anak
maafkan bonda
diri bonda seperti lemas di lautan
tiada pelampung untuk bonda
agar dapat memilih pilihan
untuk sentiasa bersama agar dapat berkongsi rasa
namun wahai anak
setiap saat , masa rindu dan doa bonda
sentiasa mengiringi mu

kalau aku tenung dalam-dalam
setiap yang berlaku mungkinkah telah di takdirkan
atau aku patut mengubahnya?
namun begitu bila aku tenung dalam-dalam
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya
dan Allah mahu aku tenung makin dalam
agar aku temui jawapan di setiap persoalan~~