Feb 20, 2012

tenung dalam-dalam

kalau aku tenung dalam-dalam mata "abah dan emak"

banyak sudah ku sakiti hati mereka
banyak sudah telah dosa aku cipta
Wahai ayah dan bonda ampunkanlah segala dosa
agar dengan redha mu , redha Allah ku terima jua

kalau aku tenung dalam-dalam mata "si suami"

banyak sudah tanggungjawab yang aku alpa
demi mengejar sesuap nasi membantu mencari rezeki
apalah yang ada dalam hati mu wahai suami
di saat ku tinggalkan kau sendiri
tanpa aku menemani di sisi
namun suami
ku mohon kau mengerti
yang ada di lubuk hati
perasaan rindu sentiasa di hati
semuga di suatu masa nanti
kita sentiasa bersama di sisi

kalau aku tenung dalam-dalam mata "anaknda"

kau terjaga di saat aku masih memejam mata
aku terjaga dan kau telah pun terlena
namun di sudut matamu dapat aku lihat
terbit satu penantian agar dapat
memeluk satu rasa
meminta satu suara
agar dapat berkongsi rasa
namun wahai anak
maafkan bonda
diri bonda seperti lemas di lautan
tiada pelampung untuk bonda
agar dapat memilih pilihan
untuk sentiasa bersama agar dapat berkongsi rasa
namun wahai anak
setiap saat , masa rindu dan doa bonda
sentiasa mengiringi mu

kalau aku tenung dalam-dalam
setiap yang berlaku mungkinkah telah di takdirkan
atau aku patut mengubahnya?
namun begitu bila aku tenung dalam-dalam
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya
dan Allah mahu aku tenung makin dalam
agar aku temui jawapan di setiap persoalan~~

No comments:

Post a Comment