Nov 26, 2011

jauhkan dari ke"MUNAFIK"an

Mahu berkongsi ilmu yang ku baca ...

MUNAFIK
sesorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan
cara menyembunyikannya di dalam hati

ciri-ciri MUNAFIK
1) Iman tidak tetap dan teguh - sama seperti lalang dan mudah tpengaruh
2) Tindak tanduk sentiasa beurubah - di ibaratkan seperti pelakon hebat
3) Tidak tetap kata - sentiasa ubah pendiriannya
4) Sentiasa harapkan kebaikannya di balas - kebaikan di harap di beri balasan
5) Jiwanya tidak tenteram - sentiasa resah dan gelisah krn tpaksa berpura2
6) Menjadikan dunia sebagai matlamat hidup - cintakan kebendaan

"Bayangkanlah betapa hinanya jika tergolong dalam golongan MUNAFIK kerana segala-galanya penuh dengan kepura-puraan"

Nov 25, 2011

HIJRAH ini terasa begitu INDAH

catatan semalam...
tiada perkara yg berlaku dalam hidup
akan terus begitu selama-lamanya
selagi kau mahu mengubah
dan percaya pada hati
dengan izinNya perkara itu
pasti akan berubah
bila kau berusaha

andai dapat ku ulang waktu
akan aku pilih satu jalan yang lurus
agar bila tiba di destinasi terakhir itu
aku bisa kecapi bahagia selama-lamanya
di sampingNya

namun begitu
syukur ku panjat padaMU
kerana kau buka satu pintu
yang sudah lama terkunci
untuk HIJRAH ini
dan rupa-rupanya
di sebalik pintu itu
ada satu sinar kebahagiaan dan ketenangan

sungguhhh ... indah kebahagiaan dan syahdunya ketenangan itu
tidak dapat aku ungkap dan gambarkan
dengan kata-kata
kemanisan yg sedang ku kecapi
walaupun ianya di selangi
dugaan..
tetapi...
bila hidup dengan mencari redhaNya
dugaan itu terasa manis bila ianya
mampu di tempuh dengan tabah dan sabar

terima kasih Ya Allah
berikan aku satu nikmat
yang pernah hilang dari dada
dan Ya Allah bantulah aku dalam mengingatimu
dalam meneruskan penghijrahan ini
agar sampai ke destinasi akhir itu
dengan isian yang penuh makna
dan ianya menjadi saham di akhirat sana

HIJRAH ini terasa begitu INDAH
Subhanallah ...................................

Nov 6, 2011

H I D A Y AH

*Hidayah adalah Hak Eksklusif milik Allah, jangan kita tunggu Hidayah itu datang pada kita,kita mohonlah pada Allah sesungguhnya Allah kan Maha Mengasihi, mudahan Hidayah akan dan sentiaSa bersama kita..Mari kita berdoa dan meminta agar Allah hadiahkan Hidayah kepada kita..Amin*

Nov 3, 2011

Seperti Cinta Kali Pertama



semakin hari semakin manis
semakin kau kenali dan kau dekati
semakin kau rasa kehangatan kasih sayangNYA
sungguh aku tidak bohong perasaan ini
seperti jatuh cinta kali pertama
dan kau tertanya-tanya apakah nikmat dan hadiah
bakal kau terima hasil dari berkasih sayang dengaNYA

Wahai Kekasih ku yang hakiki
Semuga kasih sayang yang kau suluh buatku
tidak kau tarik sekali lagi dariku
biarlah kasih sayang ini berkekalan selama-lamanya
sehingga kita ketemu suatu hari nanti