Dec 30, 2010

semalam 2010

pengulungan 2010
hanya tinggal sehari sahaja lagi

2010
penuh dengan suka mahupun duka
yang manis untuk di kenang
yang menyentuh jiwa

2010
rezeki kami sekeluarga
luas di bukakan pintunya
oleh yang Maha Esa
dan itu telah aku kongsikan
bersama semua insan tersayang
wpun x banyak dapat aku kongsikan
yg penting Maha Esa
tahu niat dan tujuannya
moga yg sikit itu
akan di kurniakan lebih byk
tahun 2011 nanti

2010
kerjaya
semakin berkembang semakin penting
di dalam organisasi unit harta
alhamdulilah semakin suka dgn
kerjaya wpun penuh dgn dugaan
dan cabaran dan yg paling penting
JAWATAN TETAP
yg telah di perolehi
sgt bersyukurrr
yg di nanti2 telah pun pasti
alhamdulilah

2010
yang dulu ada
dan kini telah pergi
buat sahabat2 ku
yang telah aman di sana
jgn di risau
demi persahabatan yg telah terjalin
kamu tetap selama2nya
dalam hati buat kami
semua yg masih d sini

terlau banyak kisah
semalam untuk di imbas
namun asam garam itulah
menjadi panduan
bagi meneruskan
perjalanan yang tidak tahu
bila akhirnya

2010
terasa baru semalam kau datang
dan kini kau mahu pulang
terima kasih
di atas peluang dan kesempatan
yang di beri
buat aku meniti
setiap saat , minit , jam
dalam tahun 2010
dan semuga
yang terbaek
untuk masa hadapan !!


Dec 14, 2010

raikan rasa CINTA


selepas raikan rasa cinta
kita akan lena
dan dalam lena itulah penuh
dengan debaran
kerana kita tidak tahu
masih
adakah hari esok untuk kita ?
aku punya motif
untuk terus hidup di muka bumi
yang penuh dengan onar ini
yang aku mahu
jadik hamba yg setiap harinya
patuh pada penciptaNYa
jadik anak,isteri,mama
yang patuh dan berkhidmat untuk mereka
dan mencurahkan sepenuh rasa cinta
untuk kehidupan mereka
dan semoga
hari ini dan hari-hari seterusnya
adalah
hari yang terbaik buat kita
jauhkan lah diri dari segala
kecelakaan
hampiri pada segala
kebaikan

jadiklah manusia
yang penuh dengan cita-cita
yang penuh dengan rasa cinta
yang penuh dengan timbang rasa
yang penuh dengan segala rasa manisnya

ingatlah
saat ini kau masih bernyawa
dan sujudlah padaNYA
tapi masih adakah kau wujud
pada saat seterusnya
untuk kau sujud padaNYA
dan raikan rasa CINTA ?

maka hayatilah
rasa cinta ini
hanya
untuk kamu semua ...



Dec 8, 2010

pairuz


dia seorang kawan

dan adakalanya akan menjadi lawan

tetapi dalam nada bercanda tawa

itulah resmi dalam berkawan


tetapi hari ini dia sudah tiada

tiadanya dia , pergi untuk selama-lamanya

tiada lagi senda tawa

tiada lagi geram resahnya

tiada lagi khidmatnya

untuk kita semua

perginya dia ber"cuti" untuk selama-lamanya


buat kau yang telah di tempatkan

di sana

moga kau di tempatkan

bersama2 insan yang beriman

namun jangan kau bimbang

walaupun jauh dari mata

tapi kau tetap di hati

bersama memori indah


Pairuz hilangmu buat kami terpinga

Al Fatiha buat mu di sana