Dec 14, 2010

raikan rasa CINTA


selepas raikan rasa cinta
kita akan lena
dan dalam lena itulah penuh
dengan debaran
kerana kita tidak tahu
masih
adakah hari esok untuk kita ?
aku punya motif
untuk terus hidup di muka bumi
yang penuh dengan onar ini
yang aku mahu
jadik hamba yg setiap harinya
patuh pada penciptaNYa
jadik anak,isteri,mama
yang patuh dan berkhidmat untuk mereka
dan mencurahkan sepenuh rasa cinta
untuk kehidupan mereka
dan semoga
hari ini dan hari-hari seterusnya
adalah
hari yang terbaik buat kita
jauhkan lah diri dari segala
kecelakaan
hampiri pada segala
kebaikan

jadiklah manusia
yang penuh dengan cita-cita
yang penuh dengan rasa cinta
yang penuh dengan timbang rasa
yang penuh dengan segala rasa manisnya

ingatlah
saat ini kau masih bernyawa
dan sujudlah padaNYA
tapi masih adakah kau wujud
pada saat seterusnya
untuk kau sujud padaNYA
dan raikan rasa CINTA ?

maka hayatilah
rasa cinta ini
hanya
untuk kamu semua ...



No comments:

Post a Comment