Feb 26, 2012

guruh itu !

sesaat ku sudahi rakaat ku yang terakhir asar tadi

hujan turun membasahi bumi

Alhamdulilah doaku mohon agar hujan turun di dengari Allah

benar Allah tidak pernah tidur , setiap detik di hatimu

penciptamu maha mengetahui ..

sesudah itu , ku putuskan

mencapai Manzil yang ku beli

murah sungguh harganya, cume RM1.50

namun isi kandungannya tidak semurah di tag

tidak ternilai harga nyer..

semakin ku baca

semakin guruh dan kilat berdentum

subhanallah bergetar sungguh hati ku

Allah hu Akbar.. ku beralih ke satu sudut

di samping suami dan anaknda

yang sedang berpelukan

ku teruskan pembacaan ..

semakin kuat dentuman itu

ku terdiam ..

dan ku berfikir sejenak

kiranya tiba2 berlaku lah

dan smpai lah masa hari kiamat

bagaimanakah kita ?????

sempat kah mengucapkan taubat ??

berpelukan dengan suami dan anaknda tercinta

adakah memberi makna di saat itu ??

sedang ibu menyusukan anak di saat itu

akan terlepas dari dukungan ...

Allah ..... kerdil sungguh ku rasakan

jahil nya aku kerana telah menzalimi diri ku selama 30 tahun

aku menumpang di bumi mu ..

luluskah aku di perhimpunan di mana

semua mengetahui keputusan di atas ujian di dunia dulu ..

Allah .. bantulah aku dalam mengingatimu

bantulah aku dalam menunaikan ibadat kepada mu

aku insan yg penuh dengan noda

namun mengharapkan rahmat dan redha mu

agar di sana nanti syurga lah tempat ku...mudahan

Feb 21, 2012

aku lihat dari satu sudut dunia dan di sana~

fikiran aku seringkali melayang
memikirkan hal dunia dan di sana ~~

yang aku amati dari satu sudut
masih adakah manusia
terlalu mengejar dunia
menongkah langit
tidak larat subuh
tidak ingatkan zuhur
tidak perasankan asar
tidak adanya maghrib
tidak laratnya isya'
tidak ku tuju pada sesiapa
namun ingatan buatku dan semua
agar yang lima itu jangan kau goyahkan
demi dunia yang pasti ada penghujungnya

ouh ... kalau lah bisa ketika di mahkamah akhirat
boleh memberi 1001 alasan seperti di dunia
maka semakin lalai lah kita ...

apa lah sangat harta dunia mahu di kejar tidak cukup masa
kalau tidak di imbangkan harta akhirat dengan berbaki masa yang ada

aku takut untuk diriku
aku jua takut untuk yang lain

namun aku manusia
tidak bisa memberi seribu andaian dan hukuman
untuk seorang manusia
yang aku lihat dari satu sudut
yang sebenarnya tidak aku tahu siapakah dia sebenarnya di sisi Nya......

Feb 20, 2012

tenung dalam-dalam

kalau aku tenung dalam-dalam mata "abah dan emak"

banyak sudah ku sakiti hati mereka
banyak sudah telah dosa aku cipta
Wahai ayah dan bonda ampunkanlah segala dosa
agar dengan redha mu , redha Allah ku terima jua

kalau aku tenung dalam-dalam mata "si suami"

banyak sudah tanggungjawab yang aku alpa
demi mengejar sesuap nasi membantu mencari rezeki
apalah yang ada dalam hati mu wahai suami
di saat ku tinggalkan kau sendiri
tanpa aku menemani di sisi
namun suami
ku mohon kau mengerti
yang ada di lubuk hati
perasaan rindu sentiasa di hati
semuga di suatu masa nanti
kita sentiasa bersama di sisi

kalau aku tenung dalam-dalam mata "anaknda"

kau terjaga di saat aku masih memejam mata
aku terjaga dan kau telah pun terlena
namun di sudut matamu dapat aku lihat
terbit satu penantian agar dapat
memeluk satu rasa
meminta satu suara
agar dapat berkongsi rasa
namun wahai anak
maafkan bonda
diri bonda seperti lemas di lautan
tiada pelampung untuk bonda
agar dapat memilih pilihan
untuk sentiasa bersama agar dapat berkongsi rasa
namun wahai anak
setiap saat , masa rindu dan doa bonda
sentiasa mengiringi mu

kalau aku tenung dalam-dalam
setiap yang berlaku mungkinkah telah di takdirkan
atau aku patut mengubahnya?
namun begitu bila aku tenung dalam-dalam
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya
dan Allah mahu aku tenung makin dalam
agar aku temui jawapan di setiap persoalan~~

Feb 19, 2012

sesat .. patah kembali dan pilihlah `

terkadang
rasa seperti tersesat d tengah perjalanan yang panjang ini
namun aku perlu berfikir
ketika sesat itu
di mana hala tuju yang aku mahu
hala mana yang patut aku pilih
agar aku tidak tersesat kembali
di kala itu hanya ada satu pertolongan
yang bisa menghulurkannya
hanyalah DIA

perasaan yang menakjubkan
di saat menerima pertolongan itu
seakan rasa yang tidak bisa di nyatakan

namun
di kala haluan telah betul di depan mata
rasa ragu masih menyelubungi diri
takut .. bimbang .. gusar .. seribu macam rasa
janganlah DIA mengalihkan haluan
yang benar ini
agar aku tidak bisa sesat lagi ..

ouh sesat .. patah kembali dan pilihlah`

Feb 12, 2012

Itu Ketentuan Allah ~~

2.30 pagi 13Februari2012:

di saat aku lena 3 jam sebelum aku terjaga kini

ada satu perasaan kecewa

seolah-olah telah kalah dlm perjuangan

kerana ada satu tanggungjawab masih belum aku laksanakan

namun itulah takdir Allah

aku lena jua ...

namun dengan takdir Nya juga

aku terjaga kini dari lena

dan telah dapat melaksanakan satu tanggujawab yg telah aku bhutang dengaNya

Alhamdulilah

Malah lebih dari itu telah dapat aku laksanakan

Manis sungguh perasaan yg sedang aku rasa

Itulah ketentuan Allah...

Namun kita masih perlu berusaha

Untuk mengubah nasib hidup kita

Agar menjadi lebih baik dari sebelumnya

Jangah bertangguh lagi kerana kita juga tidak tahu

Apakah ketentuan Allah untuk kita untuk saat seterusnya ~~~~~~