Dec 22, 2011

dua ribu sebelas


dua ribu sebelas
bakal pergi meninggalkan semua
begitu jualah setiap perkara yang telah berlaku
akan terus berlalu hanya tinggal memori
yg manis untuk di kenang...

alhamdulilah
buat aku, dua ribu sebelas
ada pasang surutnya
sebagai pengalaman hidup
untuk di jadikan panduan dan pedoman
di masa hadapan

dua ribu sebelas ...

Hana Damia berusia 2 tahun
Alhamdulilah .. moga anaknda mjadi
anak yg solehah dan bijaksana
utk dunia dan akhirat


Nie lah cousin Hana yang baru
Arissa binti Nazrulhad
comelkan ?? sama comel mcm
abah n mummynyer =)


Impian abah untuk bina dan memiliki
rumah akhirnya terlaksana


Usia perkahwinan kami
bertambah setahun lagi (3tahun)
mudahan Allah menambah lagi
keBahagiaan dan rezeki dalam
rumahtangga kami..terutamanya
zuriat penyambung kasih =)


Alhamdulilah
Abah selamat mjalani
pembedahan by pass dengan selamatnya
dengan izinNya walaupun
ada satu saat doktor memaklumkan
perjuangan abah hanya tinggal 40%
dan teserah pd takdirNya...


Kembang kempis
lalui induksi 2 minggu dgn officemate
esp roomate Ayu ..
akhirnya lulus jua dengan kepujian



paling tidak di sangka2..
tuah ayam nampak di kaki
tuah aku , rupanya terima
hadiah cabutan bertuah 7-Eleven
Alhamdulilah .. rezeki Allah sapa tahu kan ? =)


Apapun yang berlaku
apapun yang telah terjadi
biarlah ianya menjadi satu titik tolak dalm hidup ku

tinggalkanlah segala kisah Duka Lara.........

mohon lah
agar bintang cahaya tunjukkan sinar kebahagian
di masa hadapan yang bakal tiba

buatku tiada apa yang lebih bahagia
melainkan harapan agar aku dan keluarga dapat mencari
cahaya dan keredhaan untuk berada di sisiNYa sepanjang masa
dan agar setiap rezeki dapat di kongsi bersama

terima kasih Allah
atas rezeki, ujian dan dugaan
tanda KAU masih sayang dan kasih pada Hamba Mu ini

dua ribu dua belas
moga di setiap nafas
adalah yang terBAiK dalam keBerkatan
dengan penuh dengan keBahagiaan dan keManisan

salam 2011



Nov 26, 2011

jauhkan dari ke"MUNAFIK"an

Mahu berkongsi ilmu yang ku baca ...

MUNAFIK
sesorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan
cara menyembunyikannya di dalam hati

ciri-ciri MUNAFIK
1) Iman tidak tetap dan teguh - sama seperti lalang dan mudah tpengaruh
2) Tindak tanduk sentiasa beurubah - di ibaratkan seperti pelakon hebat
3) Tidak tetap kata - sentiasa ubah pendiriannya
4) Sentiasa harapkan kebaikannya di balas - kebaikan di harap di beri balasan
5) Jiwanya tidak tenteram - sentiasa resah dan gelisah krn tpaksa berpura2
6) Menjadikan dunia sebagai matlamat hidup - cintakan kebendaan

"Bayangkanlah betapa hinanya jika tergolong dalam golongan MUNAFIK kerana segala-galanya penuh dengan kepura-puraan"

Nov 25, 2011

HIJRAH ini terasa begitu INDAH

catatan semalam...
tiada perkara yg berlaku dalam hidup
akan terus begitu selama-lamanya
selagi kau mahu mengubah
dan percaya pada hati
dengan izinNya perkara itu
pasti akan berubah
bila kau berusaha

andai dapat ku ulang waktu
akan aku pilih satu jalan yang lurus
agar bila tiba di destinasi terakhir itu
aku bisa kecapi bahagia selama-lamanya
di sampingNya

namun begitu
syukur ku panjat padaMU
kerana kau buka satu pintu
yang sudah lama terkunci
untuk HIJRAH ini
dan rupa-rupanya
di sebalik pintu itu
ada satu sinar kebahagiaan dan ketenangan

sungguhhh ... indah kebahagiaan dan syahdunya ketenangan itu
tidak dapat aku ungkap dan gambarkan
dengan kata-kata
kemanisan yg sedang ku kecapi
walaupun ianya di selangi
dugaan..
tetapi...
bila hidup dengan mencari redhaNya
dugaan itu terasa manis bila ianya
mampu di tempuh dengan tabah dan sabar

terima kasih Ya Allah
berikan aku satu nikmat
yang pernah hilang dari dada
dan Ya Allah bantulah aku dalam mengingatimu
dalam meneruskan penghijrahan ini
agar sampai ke destinasi akhir itu
dengan isian yang penuh makna
dan ianya menjadi saham di akhirat sana

HIJRAH ini terasa begitu INDAH
Subhanallah ...................................

Nov 6, 2011

H I D A Y AH

*Hidayah adalah Hak Eksklusif milik Allah, jangan kita tunggu Hidayah itu datang pada kita,kita mohonlah pada Allah sesungguhnya Allah kan Maha Mengasihi, mudahan Hidayah akan dan sentiaSa bersama kita..Mari kita berdoa dan meminta agar Allah hadiahkan Hidayah kepada kita..Amin*

Nov 3, 2011

Seperti Cinta Kali Pertama



semakin hari semakin manis
semakin kau kenali dan kau dekati
semakin kau rasa kehangatan kasih sayangNYA
sungguh aku tidak bohong perasaan ini
seperti jatuh cinta kali pertama
dan kau tertanya-tanya apakah nikmat dan hadiah
bakal kau terima hasil dari berkasih sayang dengaNYA

Wahai Kekasih ku yang hakiki
Semuga kasih sayang yang kau suluh buatku
tidak kau tarik sekali lagi dariku
biarlah kasih sayang ini berkekalan selama-lamanya
sehingga kita ketemu suatu hari nanti





Oct 26, 2011

Hijrah 29 tahun

Detik waktu terus berjalan
begitu jualah usia ku
Syukur Alhamdulilah aku panjat kan
atas usia yang meningkat setahun lagi
dengan izinNya

Tidak lupa juga atas jasa bonda dan abahnda
di atas benih kasih sayang
maka wujudlah aku

Sesungguhnya dalam aku meniti usia ini
dugaan demi dugaan datang silih berganti
mungkin sebesar zarah sahaja dugaanku ini
kerna aku yakin dan pasti di luar sana
masih ramai lagi insan menghadapi dugaan yang lebih besar dari ku

Dalam aku menuju angka itu
satu masa aku seakan di kejutkan dari lena panjang
ntah apakah perasaan yang sukar digambarkan di suatu malam
terima kasih Allah .... mungkin masanya telah tiba
dalam aku meniti kedewasaan
Engkau telah menyuluh kasih sayangMu
untuk aku berada di landasan yang lurus
dalam aku menuju ke syurga mu yang belum pasti untukku
namun aku cuba ya Allah ... insyallah dengan izin mu Ya Allah ..
berilah aku peluang kali ini berada tetap di landasan Mu
agar dapat aku sentiasa di sisi Mu Allah
bila tiba saatnya nanti

Dalam penghijrahan ku ini
sakit datang silih berganti
murung datang dan pergi
begitu jua lah semangat ku
namun..
tidakku mengalah untuk kali ini
kerana aku tidak punya banyak masa
untuk menambah saham ku untuk berada di sana
aku perlu kuat demi berada di landasan mu Allah
tidak ku lupa ucapan terima kasih
di atas huluran tangan2 yang membantu
saat ku tumbang dan hanyut dek dugaan itu
dan kerana doa kalian jualah aku masih dapat
menyatakan syukurku di sini

Dan kini Allah ku rasa dekat pada Mu
kerana kasih sayang Mu
telah aku merasa kemanisan
ketika berada benar di landasan Mu
dengan izin Mu Ya Allah
Hijrah 29 tahunku ini
azamku untuk menjadi Muslimah Sejati
agar di setiap nafasku hanya memuji Asma Mu Ya Allah

Buat semua
tidak banyak masa sebenarnya
Sesungguhnya terlalu banyak kerugiaan yang telah di lakukan
Ku pohon bantu dan pimpin lah aku
ketika aku sedang dalam pengHijrahan ini
aku insan yang hina dina mahu mencari Cahaya Hati Nya

Sesungguhnya Hijrah 29 tahun ini
adalah Anugerah dan Hadiah
yang paling indah pernah aku terima ...

Bonda ..
Jangan putus mendoakan aku
Agar aku berada di jalan yang benar
Sesungguhnya dengan restumu bonda
pasti jalan nya sangat mudah dalam penghijarahan ini

26hb Oktober 2011





Oct 14, 2011

t a u b a t

wahai tuhan
aku lemah
hina belumur noda
hapuskanlah
terangilah
jiwa di hitam jalanku
ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesunguhnya ENGKAU
sang maha PENGAMPUN

Sep 27, 2011

babak 5 hari


babak 5 hari

mengetahui dengan lebih dalam bahawa abah menyayangi kami semua
mengetahui bahawa abah memang insan yang di sayangi dan di sanjungi oleh ramai insan
mengetahui bahawa abah insan yg memang sgt tenang dan senang dlm menghadapi dugaanNYA
mengetahui bahawa abah memerlukan anak-anak di saat2 susahnya tanpa memberitahu niat sebenar hatinya
mengetahui bahawa hakikatnya emak adalah insan yang paling tabah dlm menghadapi dugaaNYA
mengetahui bahawa emak dan abah adalah pasangan sehidup semati memperjuangkan cintanya
mengetahui bahawa aku adalah insan yang paling bertuah mempunyai suami yg penuh dgn tjawab
mengetahui betapa aku menyayangi lokman atas nilai murninya sbg adik yg paling bongsu
mengetahui bahawa setiap pertemuan dgn insan baru yg mencurahkan ilmu adalah takdir dan ketentuannya
mengetahui bahawa keluarga adalah segala-galanya dr segala yg ada
mengetahui bahawa khasiat ayat Al-Quran dan doa adalah segala-galanya
mengetahui bahawa hidup atau mati bukan pilihan kita malah bersediakah kita untuk menghadapinya
dan ...
mengetahui bahawa babak 5 hari yang lalu mempunyai hikmah di sebaliknya utk aku fikirkan
apa erti sebenar
kehidupan ......

Sep 26, 2011

gengaman yang bakal di leraikan

menghargai insan tersayang..

minggu lalu Allah bebenar mengajar aku apa erti di hargai dan menghargai..

Maha Suci Allah , hanya DIA yang mengerti saat insan yang tersayang sedang berjuang

antara HIDUP atau MATI .. hanya ada dua pilihan HIDUP atau MATI !!??

dan saat itu kau terasa gengaman insan yang kau kasihi bakal terlepas dr gengaman erat yg telah lama kau jalinkan

terasa kuat sungguh debaran yang singgah di dada , Allah Maha Besar hanya DIA sajalah yang bisa

memutuskan , meleraikan atau sebaliknya gengaman itu ...

dan kerana kehendakNYA jua lah DIA masih memberi dan meminjamkan aku insan itu untuk di hargai dan di kasihi

Maha Suci Allah setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan ceritanya ..

dan yang pasti aku sedaya upaya akan terus mencuba untuk tidak akan sia-siakan setiap insan yang aku kasihi untuk kedua kalinya

insyallah ...


........ hargailah dia sebelum kau menoleh dia telah berlalu pergi dan tidak akan kembali ..........

Jul 4, 2011

di manakah rasa syukur mu !!!???

anak yang menagih kasih ibu yang sedang berjuang
mencari nikmat sihat yang dulu

kau komen
banyaknye isi di pinggul
gemuknya aku !!
kulit gelap
muka x mulus
rambut x lurus
tapi tahukah kau ???

ingatlah kawan
ada insan sedang berjuang nasib.....

kamu semua dan termasuk aku
masih dan masih mempersoalkan
tubuh yang mungil dan sihat itu !!!!!??

di manakah rasa SYUKUR mu !!???

Jun 25, 2011

oh jun ... kau benar2 mengujiku ...!


terlalu banyak perkara
yang jadik pertengahan tahun nie

tuntutan kerja yang mengunung
bak gunung everest
dan ibarat aku memerlukan satu lagi klon
utk setelkan kerja2 tue sume
atas dasar tanggungjawab .. susah manapun
aku janji aku akan sudahkan semua2 kerja2 tue
mohon DIA mudahkan segalanya ...

dugaan bisness papa
datang lagi
hmm....yang pasti kami percaya
setiap dugaan yg DIA
beri pasti ada SESUATU
yang akan di kurniakan
atas ketabahan kami menempuh
semua dugaan2 itu..
buat insan yang cuba memporak perandakan
keluarga kami ...
Allah itu wujud , Allah itu adil
hari ini kau tertawa melihat insan lain berduka
adakah sepanjang masa dirimu akan begitu ??
harinya pasti tiba kiranya kau di jalan yg salah .....

aku gembira
aku bangga di atas kecekalan aku
menyudahkan nazar 40 hari
syukur alhamdulilah
demi anaknda Hana Damia
nazar itu di buat
mudahan anak kecil itu
menjadi anak yang solehah dan menjadi
kebanggaan papa n mama
dan pengorbanan mu wahai anak
sentiasa mama doakan
agar kamu di kurniakan
segala kebaikan , kejayaan
di dunia dan akhirat

hmm .. penghujung
bulan Jun yang bakal tiba ini aku di kejutkan
kematian suami kepada officemate aku
hmmm....
itulah hidup ,
hari ini insan tersayang ada di sisi ...
dan esok hari kau menoleh .. dia telah pergi !!
pergi tak kembali
moga kau tabah kak .. menempuh dugaan ini ...
Al fatihah buat suami mu yang telah pun pergi ...

hmmm ...
dan aku berharap dan terus berharap
agar bulan yang akan datang nanti
akan menjadi bulan yang terbaik
buat kita semua ...
aku doakan agar semua berada di dalam lindungan Allah ...

oh Jun .. kau benar2 menguji ku ...!

Jun 18, 2011

anak kecil itu


aku pasrah kiranya ini lah takdir aku dan suami
mencari rezeki terpaksa meninggalkan hana damia berkali-kali
anak kecil itu barangkali sudah redha
sering di tinggalkan
mungkin air mata anak kecil itu
sudah kering dan kian memahami
aku dan suami pergi mencari sesuap nasi
utk kami sefamili

saat aku hantar anak kecil itu
ke rumah bonda ku
menitik air mata ini
curik lari ketika anak kecil itu leka dengan gula-gula nya
kemudian menoleh kebelakang
aku telah tiada , pergi meninggalkannya
dan akhirnya anak kecil itu hanya mampu berkata
"mama work ... papa work..."
dan terus berlalu pasrah ....

hana damia
kamulah anak yang benar2 memahami
kamulah anak yang pandai membawa diri
kamu berdoa lah wahai anak
agar satu masa kamu, mama dan papa
sentiasa di sisi

mama
mahu kamu tahu
mama mengerah tulang 4 kerat ini
demi mencari rezeki yg di berkati
agar kamu menjadi anak yang bijaksana
hasil dr titik peluh mama ini

hmm... dunia
patutkah anak kecil itu hadapi semua ini ?

Jun 13, 2011

sampai bila??


sehabis daya segala tenaga
telah aku kerah demi mencari
rezeki yang di berkati
tapi aku hanyalah insan biasa
yang punya jatuh bangunnya ..
sangat2 tidak berdaya
sampai bila agaknya nasib ini
akan terus menimpa kami
benar...
cintailah apa yg kita buat
syukurlah pada segala nikmat
namun ...
sukar utk di gambarkan
betapa tubuh ini butuhkan
sesaat cuma untuk bernafas
dan memberikan kuantiti kerja yg berkualiti
seperti dahulu

aku penat
kau penat
dia dan kamu jua penat ...!!
apakah ini nasib kita ??
bilakah nasib kita ini akan berakhir?
saat persoalan demi persoalan
bermain2 di minda
saat jatuh ku kian mendadak
ingin aku bersama DIA
memohon hajat agar semua
rasa negatiff ini terus berlalu
dengan izinNya jua ....

sampai bila?? stress ini akan berakhir ....

Jun 9, 2011

corak pd kain puteh buat hana damia


...melihatkan hana yg nyenyak tidur
melahirkan aku satu rasa yg amat sayu
dek kemarahan aku pdnya siang hari tadi
di atas kelasakan anak yg sedang
meniti ilmu kehidupan sehari2....

...bukan mudah menjadi ibu , bukan
mudah membesarkan dan mendidik
anak2 kecil agar corak pd kain puteh
itu menjadi begitu sempurna dan tiada cacat celanya....

hana ....
mama sayang "bucuk macam" mama ....
jadik anak yg solehah yer sayang..
anak yg berguna untuk semua,bangsa dan agama..
ketahuilah olehmu wahai hana..
kamulah anugerah tuhan yang paling indah
dan tiada tandingannya d dunia ini .......

May 23, 2011

sediakah kita ???

syukur alhamdulilah d atas kurniaan Allah
atas nikmat hidup d samping insan2 tsayang...

sayu hati
setiap hari ada saja berita kematian menyayat hati..
kisah anak yatim di timbus tanah runtuh salah satu darinya
hmmm...
luluh hati... sebak rasa hati...
anak-anak generasi masa depan harapan nusa bangsa & agama
telah pergi mhadap ilahi
dengan cara yg paling memilukan
moga kau tenang di sana
wahai adik2ku .......

hari ini ...
ku dengar lagi berita kematian
sahabat karib abahnda ku
mati dgn tiba2 d serang darah tinggi..
pasti abah beduka lara
hilangnya sahabat di kala suka dan duka .....

hmm...
sedih dan sayu hati ini
bersediakah aku ??
untuk di jemput pulang??
cukupkah amalan untuk d bawa ??
sediakah aku untuk "malam pertama" ku d sana ???
sediakah kita ??

Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tib a duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

''Malam Pertama Kita''


May 14, 2011

REDHA

..apa jua yang DIA tentukan untuk aku bulan nie berkaitan
i.m.p.i.a.n ku ... aku terima dan redha pasti ada hikmah
kenapa dan mengapa doa ku tidak di makbulkan ...

May 11, 2011

May 10, 2011

Nikmat Rezeki Kurniaanya


dalam hidup
bukan semua perkara dapat kita capai
tanpa usaha
bila kita bhasrat mendapatkan sesuatu
dengan jalan yang mudah
maka kita x kan tahu
jerih kepayahan mendapatkannya
dan nikmat yang kita perolehi dengan usaha kita



janganlah bergantung harap pada semua
kelak dirimu akan rasa tidak sempurna
percayalah rezeki tuhan ada di mana2
tetapi tunduk dan sujudlah padanNya
kelak kau tahu apa itu NIKMAT REZEKI KURNIAANYA


May 9, 2011

K E T AT nyerrr

pagi nie dgn kondifen dan bangga nyer
aku capai baju kurung modern utk di iron
wahhhh iron lah dengan semangatnya
sbb dah lama x pakai baju tue ...
chewahhhhhh!! ha iron jgn x iron ...

then aku pun gie lah mandi
solat subuh sume
dan dengan rse kondifen nyer jugalah
aku myarungkan baju tersebut ...

tiba - tiba ...
tahap kondifen tue menjunam jatuh
mendadakkkkkkk...
uwaaaaa !!!! dah K E T A T !!!

tahap ketat bukan yang sikit2
smpai papa kena bukakkan balik !!!
apakah maknanye itu ????

aku telah membiarkan diri
menikmati syurga dunia iaitu
MAKANAN !!!

ouh terasa hari nie
sumenya ketat2 belaka ...
nasib baik ada baju penyelamat
iaitu J U B A H !!
kekonon wanita muslimah sejati
hakikatnya
coverline cemerlang terbilang dan tembelang ...
ahahahhahaha!!

wahai lelemak
kau jaga baik
mesin Takashima aku smpai nanti
kita akan lancarkan perang !! iyahhhhh!! wacaaaa!!
tapii ..
kalau i.m.p.i.a.n aku jdik kenyataan bulan nie
aku simpanlah hajat utk perang ngan ko lelemak ek..
ehehehehe..

geng sume
longgar2kan diri anda
jangan K E T AT mcm aku skrg ..
ahahahhahaha !!
susah nak kasi longgarkan balik tau ..
uwaaa!!!

okay jom naik tangga skrg !!!!!

May 7, 2011

emak dan emak

emak dan emak
aku memiliki 2 orang emak
yang sangat istimewa


Hjh. Jailah Hj. Jelani
itu nama emakku
umornya kini jejak 57 tahun
tapi aku rasa kalau korang jumpe dia
tak macam umornya
nampak muda dr usia
ehehehhehehehe....
aku mewarisi kot
muda dr usia ... chewahhhhh!!!

Dulu sebelum aku bergelar ibu
aku ngan mak aku
mcm "anjing ngan kucing"
sebab apa yg aku buat
aku rsa mak x memahami aku
rsa mcm mak x sayang pd aku
geram jer sbb mak asyik bebel
sedih sbb mak asyik rotan
tapi hakikatnya bila aku bgelar ibu
mengertilah aku
hakikatnya bukan mudah
untuk mengalas tugas sebagai seorang ibu
mendidik dan membesarkan anak2 yg degil mcm aku

terkilannya aku
air mata mak byk dah mengalir
dek kerana keras hati aku
satu masa dulu

....................................................................................



Pn Patimah Moiden
adalah ibu mertuaku
nama glamornya Rose
sbb mak suke bunga rose
suka sangat......

sebelum aku kahwin
aku selalu di momok2kan
mak mertua sumenya jahat
mcm dlm filem ibu mertuaku!!
takut douh.....

tapi lepas aku kahwin
aku bsyukur Allah kurniakan
aku mak mertua yg baik hati dan sgt sporting
aku rasa dean byk mewarisi sifat mak mertuaku
baik hati dan sabar atas apa je dugaan menimpa
syukur Alhamdulilah

...................................................................................

sebenarnya hari2
adalah Hari Ibu
dan hari2 kita patut menghargai
jasa ibu yang tiada tandingnya...

Ya Allah ...
terima kasih kerana Kau
telah kurniakan aku dan izin kan aku memiliki
emak dan emak
yang sangat istimewa
hinggalah ke saat ini
terima kasih jua
kerana izinkan aku menjadi seorang ibu
dan merasai kemanisan
sebagai seorang ibu .......


Selamat Hari Ibu !!



May 6, 2011

kamu , kamu dan kamu



sebulan sekali
atau sekali sekala
wajib ku ketemu
kamu , kamu dan kamu
wahai sahabat liburan ku !!

d saat gunung berapi ku
mula memuntahkan lahar
dgn segala rse stress
ingatan ku terus kepada
sahabat liburan ku
sahabat mencucuk langit
sahabat mengayam ketupat

segala gundah gulana
akan hilang tiba2
bila 8 mata bertentang
bila turn masing2 tiba
untuk mengadu nsib
mencurahkan kerudungan diri
kejatuhan diri menempuhi perjalanan hidup
yang semakin hari semakin sukar dan sukar

d sini
ingin ku nyatakan rse banggaku
kerana memiliki
kamu semua yang gila
dan antara yg terbaek
di anugerahkan dari tuhan
untuk aku !!!!

"thanks babe !!
yang pasti lepas nie gie carik
kat mana kita nak "cekik" lagi...
ahahhahaha complaint sakan
badan dh naik
tapi time cekik uols mcm org hilang ingatan !!!
ahahahhahaha!!!
luv u all babes!!!"


kerana aku manusia biasa

kerana aku manusia biasa

kerana itulah aku banyak melakukan
kesilapan dan cacat cela
yang luar dr ku jangka
kerana aku manusia biasa
yang terlalu rapuh
untuk melakukan kesilapan

tanpa aku sedari
mungkin ada banyak hati yang terluka
dek kelajuan mulutku berkata2
yang meluahkan rasa hati
dan yang pasti
tidak terniat di hati
semua berlaku
kerana aku manusia biasa

hmm...
orang kata
aku lukakan hati nya
tapi mahukah orang tahu
aku jua terluka ????
seringkali aku rasa bahu ku
rasa sgt terbeban dgn luahan hati orang lain
di atas kesilapan ku
tapi aku jua ingin tahu apa kah
mereka rasa terbeban luka hati aku ????

zahirku di lihat keras
tetapi ketahuilah
tidak batinku
dan yang nyata semua itu terjadi
kerana aku manusia biasa



May 3, 2011

bahu untuk di sandarkan

sedih dan rasa sgt frust
kalau di sebabkan
kesilapan yang kecil
kau akan bermusuhan sampai bila2
padahal kau telah bersama
dalam jangka masa yg amat lama

apa jenis manusia
yang buat aku x abis fikir
yang suka menyakiti hati insan lain
tanpa memikirkan rasa sakit hatinya
tetapi tak dapat terima
bila diri di sakiti

mahukah kau
merasa kehilangannya
d saat dia pergi buat selamanya??
saat itu segala2nya tidak akan dapat
memutar waktu
menyatakan penyesalan d atas kesilapan lalu

hargailah dia bila dia d depan mata
buruk dan baik nya
hanya dia lah yg memahami
buruk dan baik mu !!

persahabatan sejati
tidak mudah untuk di cari
bukan semua yang dapat memahami kita
yang mahu bersama
d saat kau melalui detik2 hitam
d saat kau butuhkan bahu untuk di sandarkan

ku punya sahabat
ku punya bahu untuk di sandarkan hinggalah saat ini
dan aku hargai sepertimana
dia menghargai ku


jadik kamu ??
jangan sampai esok kau tahu
sahabat mu telah pergi meninggalkan mu ..........

dia cantik tapi BUDI BAHASA ??

dia cantik tapi BUDI BAHASA !???

aku akui aku bukanlah dalam golangan molek
tetapi aku cuba memolekkan diri dengan apa yg ada
seperti budi bahasa ...
itu pun mcm belum cukup kot rasanya
biar kamu yang menilainya

satu kerugian untuk manusia yg di lahirkan dalam
kategori molek dan penuh pesona
tetapi
KURANG DGN BUDI BAHASA !!??

apa lah yg nak dia banggakan
wajahnya ayu
wajahnya molek
tubuhnya anggun
tapi sayanggnyaaa....
tidak tahu erti
BUDI BAHASA ??!!

luak kah wajah penuh pesona
bila dia BERBUDI BAHASA
pada insan lain yg lebih tua
dan yg lebih muda??

boleh menuntut ilmu
hingga ke negeri "CHINA"
tinggi hingga ke
"MENARA GADING"
tapi malangggnya
dia terlupa apakah itu
ilmu BUDI BAHASA

x rugi dan x luak
kalau di tambahkan
dengan BUDI BAHASA
malah bertambah2 pesona !!

dia cantik tapi ....
BUDI BAHASA !!???

mari di fikirkan !!??


Apr 29, 2011

29 APRIL 2011


29hb April 2011
ketika Prince William ke jinjang pelamin
bersama cinta hatinya .....

dan AKU !!!!!

dalam tempoh 6pagi hinggalahhh jam 9.23pm
aku masih begini dan begini...............~~~

M.A.B.U.K

tahap maksima !!!!

kenapakah?

apakah?????

sungguh ting tonggggg sekaliiiii~~~

Apr 23, 2011

mama sayang hana



anaknda ....
bonda doa kan kamu
akan jejak ke pintu kejayaan
d dunia dan d akhirat
moga kamu antara yg
terbilang d dunia nnti
dan juga d sisi Allah..


mama sayang hana !!

Apr 22, 2011

ku katakan dengan INDAH


ku katakan dengan indah
saat dingin pagi aku terjaga
dari mimpi yang indah
dia dan dia tersayang ada disisi
dengan nafas2 cinta
aku bahagia Allah...........

apa ada pada GEMUK dan KURUS



aku bangga ada sahabat aku yg dh pun kurus !!
x sangka dalam diam2 susuk badannya
kembali mcm zaman anak2 dara .. bangga rsenyer tapi jeles
pun ada malah mbakar semangat
utk jadik mcm dia ... thanks babe!! and rite now u is my idol !!

hmm..sbnrnya sejak makin dewasa dan dah jadik mak2 orang nie
aku x taksub sgt mcm dulu..
pada aku skurang2nya tak lah kembali ke
zaman IKM dulu yg sgt GEM'.... pun dh okay..
Alhamdulilah ...

TETAPI !!!!! ADA TETAPI NYA ..................................................................................................

dek kerana mulut LONG'... manusia lain akan buat kau x tentu arah,
buat kau membelek2 segala jenis lelemak yg ada ...!!!
kadang2 yg mengata tue pun bukan slim mana pun dok
sibuk kan lemak orang ... hangin betul aku ngan manusia mcm nie ..
potong stimm betul !! janji aku sihat , janji aku x terkeluar dr acuan ...
aku bsyukur dgn apa yg aku ada..

bagitau aku sapa yg x nak kurus sihat lawa dan anggun???
sapa .. sapa ?? sume nak kan .. kalaulah aku punye kuasa ..
nak jer aku "tingggggg!!" ha kau aku bg kurus ... kau pun dan kau ..
ahahahahahaahahha!!! yang aku ada ..
belas kasihan pada manusia yg terlebih beratnya ..
aku tahu dia x nak jdik mcm tue, jdik kita jgn lah hina pd insan yg
serba kekurangan itu...meh kita bg dia semangat utk jdik kurus dan sihatttttt!!!

yang paling pentingggg.... kau GEMUK ker kau KURUS ker ...
biarlah kau hodoh di mata orang tetapi
tidak di mata YANG MAHA ESA !! setujukan ...??

apa ada pada GEMUK dan KURUS kan kan ..!?

jawapannya tepuk lah perut tanya lah tekak mana satu pilihan kalbu yg kau lebih selesa..


Apr 21, 2011

BAHASA KE-2 MCM YUNA ZARAI

YUNA ZARAI
nama ini tiba-tiba sahaja menitip di bibir ku ?
tertekan channel lain dan tiba2 slot YUNA ZARAI INSPIRED
terpacul di kaca tv!!
dia sgt2 mberi inspirasi!!!
sgt terpesona di saat dia mengeluarkan setiap bait2 ayat
dgn berbhs inggeris .. kagum !
mungkin org kata apa nk di kagumkan perkara biasa kot tue sume ...?
pd mereka biasa tpi pd aku .. kagum ..
sbb cita-cita aku ingin jdik mcm org lain , mcm korang .. yg boleh jdikkan bhs itu sbg bhs ke-2 yg sgt lancar .........
jeles douh !!!!





hmm dulu ... kalau ada kawan2 IKM yg membaca coretan ini ..
sure akui aku dulu scorer dlm subjek bhs inggeris malah speaking bagai
tidak menjadi masalah utk aku ... serius aku x tipu !!!
lecturer siap suggest aku utk ajau anak pengetua IKM bg tuisyen
so apakah tahap bhs inggeris aku saat itu ?? sure superb kan ??

dan akhirnya bile kite jarang menggunakannya dan mengasah apa yg ada
ianya akan tumpul dan tumpul dan akhirnya tidak boleh di guna
malah dah berlumut agaknya .. ahahahhaha!!

papa cabar aku .. apa yg x boleh ?? klu u kata dlu u buleh ?? u je yg x mahu !!
come on papa .. dgn siapa dan dgn environment mcmmana yg i buleh speaking??
baru nak ckp je dh kena "amboiiii speakinggg..."
ha....mcmana aku nak asah skill yg ada..
aku pun pelik apsal aku tahap bod..' skrg nie ...
pelikkk !!!

cuba uols cadangkan kat aku
mcmana nak jadik mcm korang sume
yg bijak pandai mengunakan bahasa ke 2 tue ??
macamana ha !!????????

*yang pasti CD Yuna Zarai akan berada dalam gengaman !!!! best douhhhh...

Apr 18, 2011

muhammad lukhman kau yg teristimewa


hari demi hari
dan setiap hari ada sahaja
dugaan yg mendatang
namun itu
tandanya DIA masih sayang pd kita
Alhamdulilah....

tetapi samada kita mampu tempuhi
dengan tabah atau sebaliknya
tempuhi lah dengan sabar dan redha lah
mungkin itu yang terbaik yg di anugerahkan
oleh Allah buat kita




tidak keruan perasaan aku mengenangkan
nasib si adik yg sedang di uji
percayakah kita dengan alam ghaib?
namun itu lah sedang d tempuhi
lukhman adikku ....

abah dan emak adalah jiwa dan nadiku
begitu jua dgn lukhman
dia adalah segalanya
kebahagian nya kesedihannya
adalah milik ku jua
walapun kadangkala
aku bertindak luar jangka
ke atas nya namun
percayalah wahai lukhman
demi kasih ku padamu
demi mahu kau bersenang2 d masa hadapanmu
yang pahit dr aku kau perlu telan
agar jdik pedoman d masa hadapan...

tiap kali terdetik dalam hati
doa aku sentiasa utknya
moga kau akan sehat dan tabah
malah menjadi lebih kuat
melawan "kesakitan" itu ...

"oman...
apa pun yg kau mahu
akan anyah cuba penuhi
demi tuhan
tidak pernah anyah membenci
wpun yg pahit selalu keluar dr bibir anyah
utk kau dengar
demi kebaikan ...
moga kau kuat dan tabah ..
sayang anyah sentiasa buatmu dik
kerana kau terlalu istimewa..."

Apr 16, 2011

22 April ku menanti jawaban!!!

hari-hari cuti penuh di isi dengan lelemak degil .. bukan di isi dgn cuti2 malaysia

apa lah nak jadik aku sdiri tercari-cari jwpn yg x pasti ..

sampai je masa perut aku sure di isi .. x sampai masa pun sure nk gak isi ..

serius bangat masalah guek kali nie ...

aku rse lah kan nie di akibatkan tekanan bagi mencari jwpn 22hb April nie ..

samada i.m.p.i.an akan jdik impian .. atau impian perlui di usahakani lagi ..

stress .. sumenye terasa mengembang ... sana dan sini .. sumenyer terasa lebar ..

mahukan yg terbaik tpi aku jugalah yg memusnahkannya ... aku stress memikirkan i.m.p.i.an itu ....

apsal ek .. kegemukkan jdik satu masalah yg sgt besar bg wanita !!??

kegemukkan bagai iguan mimpi ngeri yg x mahu di dekati .. bagi yang bersetuju dengan aku

menjadi satu masalah besar kan .....?

adakalanya aku punya azam .. aku x peduli apapun yang hinggap di telinga

padaku biarlah aku hina di mata manusia tapi tidak di mata ALLAH ..

tapi siapalah aku .. bukan malaikat yg suci aku hanyalah manusia yg bisa goyah bila tiba tika nya ...

hmm..masih menghitung dan terus menghitung hari ..

sedang menanti jawapan dr ILahi apakah i.m.p.ia.n bakal jdik pasti ??

aku hanya mampu berharap dan terus berharap..

yg pasti klu impian tidak di rasai pasti ada hikmah yg menanti

soal masalah kegemukkan ku .. ku bserah dan akan menitipkan usaha walaupun ianya sebesar zarah

yg pasti selagi kita berusaha DIA pasti akan kurniakan sesuatu di atas usaha itu ..kan kawan2.....

bit bit .... cas +ve mari2 kemari ya !!! =)

Apr 15, 2011

i.m.p.i.a.n




i.m.p.i.a.n

aku kepinginnnnn bangat untuk menambah
cahaya mata yang bijaksana seperti cik Hana Damia

adakah aku akan mencapai impian itu ??


Allah .. ku mohon padamu ya.. kurniakanlah ya .. impian itu ...

amin ....


Mar 21, 2011

orang KELABU

terasa sgt penat
terasa sgt bosan
dan
terasa sgt down
dan mahu jadik
orang KELABU !!!

yang bisa HILANG ke mana-mana
tanpa ada sapa pun
tahu dan perasan
yang bisa MUNCUL
tanpa ada sapa pun
tahu dan perasan

sampai bila
aku perlu ke tempat itu
dengan perasaan
benci
sedih
penat
takut
gusar
sentiasa dlm debaran ......
sampai bila???

yang nyata
aku mahu jadik
orang KELABU
sbb aku sudah
lelah , penat
untuk ke tempat itu ......!!

Mar 7, 2011

MEROYAN kah aku !?

tidak pernah aku kesal atas apa yg Allah
timpakan sesuatu musibah
ke atas aku
malah ianya memberitahu aku
betapa indanhya hidup
setelah dapat aku atasi
segala musibah itu ...

dan tidak pernah aku kesal
di atas cacian dan tuduhan
yang di lemparkan ke atas aku
kerana aku tahu
manusia itu gentar
di atas kesilapan yang telah
dia lakukan terhadap aku

Allah maha kuasa
Allah berhak ke atas semuanya
dan hanya Dia sahaja
yang tahu
apa yang terbaik
bakal aku terima di atas
hinaan itu

tetapi .... yang aku kesalkan

apakah yang di fikirkannya
setelah di hina dan di lemparkan
dengan segala tomahan
tanpa segan silu
dia membutuhkan pertolonganku
menggunakan segala khidmatku?
di mana malunya ....?

tidak pernah aku berkira
malah walau aku d dalam
kesulitan sekalipun
sedaya upaya
aku cuba membantu
ku pujuk hati
tak apalah , kerana
Allah sayangkan aku
kerna Allah mahu buktikan
sesuatu pada nya
kiranya dia tahu
apa itu muhasabah diri

Allah sayanglah padaku
Uji lah aku di tahap kemampuanku
agar makin dekat aku padaMU
memang dahulu
terlalu banyak kesilapan
yang telah aku lakukan
percayalah
setiap detik aku berusaha
untuk berubah
agar semua tahu yang aku
bukan manusia seperti yang
mereka sangka .....

buat kamu
bahagialah .... bahagialah
di atas tomahan itu
dan aku bukan
meroyan seperti yang
kamu sangkakan ...
dan ingatlah
manusia meroyan inilah
jadik harapan pd semua ....

Mar 3, 2011

M.E.L.A.y.U


apa sudah jadik dengan bangsaku
M.E.L.A.Y.U

di manakah sifat2 kemelayuan itu ??
di mana ??
adakah ianya semakin meLAYU.. LAYU dan terus LAYU ?

mmg kau semakin maju
tetapi di manakah sifat2 kemelayuan itu ??

hmmm.....
di manakah pendirian mu
wahai bangsaku ..
adakah kau seperti LALANG
yang hilang arah ??
kembalilah seperti PADI semakin
tunduk semakin berisi ....

aku punya cita
untuk mbantu bangsaku
mahukah kamu semua
yang bernama MELAYU
untuk sama membantuku
agar kembali tegak berdiri teguh
dengan pendirian sendiri ??

tepuklah dada
tanya selera .......





Mar 1, 2011

HANA DAMIA

HANA = Rezeki Tanpa Kepayahan
DAMIA = Kebijaksanaan

1hb Mac 2011
buah hati aku sudah berusia 2 tahun
syukur Alhamdulilah

ini budak
namanya
Hana Damia

ini budak
juga di kenali dengan banyak nama
"tipah tentey"
"mek na"
"mak bonda"
dan banyak lagi

ini budak
sangat bijaksana
aku x tipu wooo
dia akan buat kau bfikir
mana dia dpt akal
d luar jangkauan
dr otak pmikiran
anak kecil

dan
ini budak
buat kau x keruan
memikirkan keletah2nya
bila dia jauh dr mata

dannn....
bila dia sudah 2 tahun
dia buat mama
mau tambah satu lagi ...

misi 2012
telah di pinda ke 2011
mohon DIA yg
maha kuasa kurniakan
dan tiupkan
zuriat atas dasar cinta
antara aku dan suami
yg sama bijaksana
seperti HANA DAMIA

aminn ...

buat Hana Damia
kamu adalah kurniaan
yg xde tolok bandingnya
nak ..
kau terlalu istimewa


Feb 17, 2011

aku lah "madu" dan aku lah "racun"

aku gelarkan diri aku
"madu" dan "racun" dalam keluarga
kerana aku tahu , aku bukan anak,adik,kakak ,isteri
dan menantu yg sempurna buat semua

dan kerana aku rse aku "madu"
maka aku tetap pulang ke rumah mak dan abah
walapun mak abah tiada
aku masih memegang amanah utk jengah rumah sepeninggalan mereka
dan yang nyata sama mcmana papa balik semalam

hmmm... sampai je sana
hati dah mula rsa sayu
daun kering byk sgt depan rumah
dan tepi rumah
pokok2 mak sume nmpk layu
sedih tuan nya xde agaknya
klu x tue lah keja mak sehari2 .... =(

aku sapu sebelah depan
papa sapu tepi rumah
d temani dgn bulan penuh yg mengambang
sedih sedih
kalu mak abah xde
sapa lah yg akan jaga rumah nie
yang pasti
aku juga "racun" dalam rumah tue
dan "racun" nie lah yg akan sentiasa
memikul tjawab tue
insyallah selagi aku terdaya

pintu rumah di buka
dan ayat pertama terpacul d bibir mungil hana
"mak oh mak "
kejap lagi
"atok oh atok "
kejap lagi
"abah oh abah"
sayu sungguh
anak kecil yg belum faham
mana pergi nya atok......

hana duduk d kerusi
yg slalu mak duduk
yg buat aku tsenyum dan tsentuh
d ambilnya terjemahan surah Yasin mak
dan di lagu ikut fahaman seorang anak kecil
mudahan alunan hana tadi
jdik pdinding sepeninggalan atok

papa penat berkatering sehari2
tapi x sikit keluh kesah yg aku dgr
di siramnya sume pokok bunga mak
di buangnya sume sampah2 dlm rumah dan luar rumah
d pastikan rumah d kunci rapi
baju2 di ampaian d angkat utk aku lipat
syukur alhamdulilah

dalam hidup aku skrg
papa adalah KEKUATAN aku selain mak abah
dia kata jangan mengaku KALAH
sbb pasti ada manusia yg gembira d atas keLEMAHAN kita
papa ... u adalah segalanya ...

selesai semuanya
kami pulang dengan doa
bismillahi tawakal
mudahan rumah mak dan abah
berada dalam lindungan Allah

dan yang pasti ..
aku lah "madu" dan aku lah "racun"
akan aku pikul selagi
aku terdaya amanah mak dan abah sehingga ke akhir hayat .....

Feb 16, 2011

ALLAH punya rencana

dalam hidup aku
terlalu banyak cabaran
dari aku kecik hinggalah kini
aku x percaya pd tahyul telek menelek
tapi itu lah yg slalu aku dengar
hidup aku mmg slalu d rundung masalah
tapi insyallah kesudahannya
amat lah indah ... aminnnnn mudahan
dengan izin NYA

orang kata aku sycho??
ntah lah ... tpulang pd si penilai
kalau benar , semua d luar kemampuan aku
ataupun kisah lampau yg jdikkan
aku seadanya
aku mmg tidak smpurna
hanya DIA yg tahu niat dan isi hati
aku sebagai manusia yg kerdil ini

masa aku kecik
ada satu rahsia yg x penah mak aku tau
dan akhirnya bila mak tau
mak sedihhh yg amat
sbb "kegilaan" aku saat anak dara
adalah rahsia dr masa lampau
yg aku simpan rapi
hinggalah mak tahu ..

zaman aku meningkat naik
aku x byk masalah d sekolah
azie ketua tingkatan pun akui
time sekolah aku ok malah buleh kata budak skema
tapi sampai lah satu saat
aku kenal seorang manusia bernama lelaki
yang mengatur segala2nya
perjalanan idup aku
dengan sepak terajang...
aku simpan jua rahsia itu
smpai lah masa mak tau
peritnya perjalanan
idup aku d dunia cik siti wan kembang

dan kini bertemu si suami
yg sungguh baik hati
hidup aku bahagia dsamping
suami anaknda dan mertua
yg benar2 memahami
tetapi mana lah ada
hidup yg tdk d rundung gelora
masih ada yg aku tanggung d atas
hasad dengki insan lain
dengan kejayaan s suami ...

benar...
ALLAH punya satu rencana
untuk kita
yang kita tidak tau ......
namun satu yang aku mohon
d berikan kekuatan
utk aku tempoh perjalanan
rencana yang telah tertulis utk aku
yang bakal tamat satu hari nanti

r.i.n.d.u




saya rasa sedih
bila mak dgn abah
jauh dr mata ........
baru sehari mak abah pergi ke sana
tapi dugaan nya maha hebat
kalau bebenar mak abah "pergi"
apa lah agaknya jadik
pada saya .....
mak epah rinduuuu sgt dgn mak dgn abah ...................... =(





Feb 12, 2011

kejalan itu



ya Allah bantu aku yer
dalam mengejar nikmat MU
sebagai wanita muslimah yg di redhai
tinggalkan aku jauh dari kisah lalu
yang melalaikan aku
berikan lah aku kekuatan dan loronglah
aku kejalan itu .........




Feb 2, 2011

memiliki dan melepaskan





sekian lama kau memiliki
adakah kau bersedia untuk melepaskan ?

dan itu lah hakikat hidup
yang bakal di tempuhi oleh semua insan
bezanya
samada kau bersedia saat di lepaskan atau melepaskan

hari demi hari yang di lalui
makin tidak tahu bila tika masanya
saat kita akan di lepaskan atau melepaskan
insan2 yg kita cintai setelah sekian lama memiliki

"kehidupan" makin uzur
dan maka itu seorang demi seorang akan di lepaskan
sebelum "kehidupan" ini akan di gulung
oleh maha penciptaNya

buat aku ...
debaran demi debaran
yang aku rasa setiap hari
seolah2 menanti saat giliran aku di lepaskan pergi
dari insan2 tersayang
atau sebaliknya
ya inilah yang aku rasa setiap hari......

takut..sayu..confuse..
perasaan yang berdolak2 dalik
dalam hati
sediakah aku ??

hmmmm... yang pasti
saat itu akan tiba
ianya tidak akan
lewat walau sesaat

setelah memiliki
dan akhirnya kau terpaksa melepaskan
lepaskan lah .........
kita bukan tuan kepada insan2 tersayang
redha lah apa jua takdir yang bakal
kita tempuhi setiap hari
DIA lebih tahu
apa yg terbaik buat kita
hadapilah walapun ianya pahit
untuk di telan

banyak perkara yang tak kita suka
akan di takdirkan untuk kita
tapi terimalah
mungkin melepaskan
adalah yang terbaik dari memilikinya ......


Jan 12, 2011

saya mahu

saya mahu dan cuba untuk lupakan semua kisah-kisah duka lara
saya mahu tinggalkan semua insan yang pernah luka kan hati saya
saya mahu jadik insan yang cantik luar dan dalam
saya mahu nikmati setiap detik tentang kehidupan
saya mahu sentiasa ada untuk semua insan yang memerlukan bantuan saya
saya mahu dan cuba untuk selalu tersenyum
saya mahu dekat dan makin dekat padaNYA
saya mahu diri saya sentiasa berada d hati semua insan yang saya sayang
saya mahu suami , anaknda dan keluarga saya bahagia bersama saya hingga ke akhir hayat
saya mahu semua tahu betapa pentingnya kasih sayang mereka semua untuk saya
saya mahu mereka tahu betapa sayangnya saya pada mereka

dan saya mahu mereka tahu
kiranya saya telah tiada
jangan pernah lupakan saya walaupun sesaat
simpan lah segala cinta dan sayang yang pernah saya curahkan

saya mahu ............

Jan 10, 2011

11.1.11


‎"seringkali kita dapat apa yg kita tidak suka , namun begitu belajarlah menyukai apa yg kita dapat dan bsyukurlah , mungkin itu yg terbaik utk hidup kita"

rahsia aku+marina+DIA .. dan mee goreng !!!!!!

tadi kat opis rse sgt penat , sgt lesu .. i'm so tiredddd... setiap saat aku tgok jam , biler lah nak pukul 5 nih !! gagah kan jugak buat keja mana yg aku larat kat opis tadi ..

dan keja paling senang adalah prepare byrn cukai .. okay seperti biasa hal2 cukai utk Yysn Melaka aku yg akan handle pmbyrn nyer .. cukai taksiran n cukai tanah .. ouh yer d kesempatan ini mahu d ingatkan sila jelaskan cukai2 anda yer jalan kan tjawab anda yer .... yebaaaa!!!

setiap kali nak prepare byrn cukai taksiran a.k.a pintu , aku mmg excited nak siapkan cpt , sbbnya ada rahsia d sebaliknya .. rahsia d antara aku+marina+DIA .. dan mee goreng !!

bile dah siap cek , aku buleh jer nak mtk encik peon mbyrkan cukai2 tue , tapiiii .. rahsianya adalah setiap kali kita org pegi bayar cukai2 tuh kita org akan makan MEE GORENG yg sgt superbbbb d Jasin .. kedai nyer tselit di antara kedai2 yg goreng mee tue pakcik tua jer tapi keenakkan nyer buat aku leh order smpai dua pinggan .. real x real !!! itu lah rahsia aku+marina+DIA ... dan mee goreng !!

tapi....... =(

dalam aku sdg prepare cukai utk tahun 2011 kali nie , buat aku temenung sejenak .. masih adakah rahsia d antara aku+marina+DIA .. dan Mee Goreng ??
jawapannyer tiada lagi rahsia ... kerana
DIA telah tiada
DIA dah jauh nun d sana
takde sapa buleh bawak kami ke sana lagi
demi mee goreng sedap itu
kerana DIA a.k.a PAIRUZ telah pergi

Pairuz ...... =(
Sapa nak bawak aku bayar cukai tahun nie
dan makan mee goreng sedap tue ....................................................

Jan 6, 2011

http://www.youtube.com/watch?v=lrIJGft8ajc

O.M.A.N


(1994 )
mak abah panggil aku dan along dtg mengadap . sgt confuse ? kenapakah ?
nak bagi "gaji" ke ? sbb degil ker ..
dan akhirnya abah bgtau ..
"along , epah .. nak bagitau yang mak pregnant "
what ??!! betul ker ??!! sebab masa tue aku 12 tahun potensi utk ada adik mmg lah
xde dlm fikiran ..
wink..wink.. bukan main happy , terus baring2 apa nak bg ek nama dia nanti ..

( tempoh 9 bulan )

umur mak sgt lanjut masa pregnant , risiko juga sgt tinggi tetapi demi
kasih kan amanah yg sekian lama d nanti2 .. mak tanggung jua ..
berulang alik ke klinik , alami byk komplikasi ketika pregnant
dan time mak pregnant abah bertugas luar dr melaka
mak lah yang sedia kan segala2nya dan memikul sbhgn tjwb abah
wpun dlm keadaan yg penuh dgn dugaan
mak masih mampu tersenyum
setiap malam , mak selalu mendodoikan anak yg di kandung
dengan ayat2 suci agar anak itu akan menjadi anak yg soleh
mak selalu baca surah Luqman ... selalu sgt .. dgn harapan
agar anak yg di kandung terang hatinya utk meniti kehidupan
yang bakal dia jumpa
dan seingat aku , aku lah doktor peribadi sepnjg
tempoh 9 bulan , mencari nadi , mdengar nadi
bimbangkan apa lah khabar agknya anaknda di dalam sana
begitu lah kasih nya emak kepada "dia" di dalam sana
9 bulan kemudian ... dia di lahirkan dalam keadaan paling
sukar , sukar sekali .. namun demi kasih demi anak
emak tempuhi ...... betapa besarnya pengorbanan mu bondaaaa!!


( 16 tahun lalu dan kini .. )

kini ... sempena ayat suci itu bonda nama kan zuriat itu
Muhamad Lukhman
dia memang sgt istimewa
antara kami 3 beradik
dia paling bijak
dia paling sopan
dia paling cerah
dia paling berhemah
segala2nya dia adalah yg terbaik
kami bertiga

kasih aku pada dia
hanya DIA yang tahu
mmg aku paling "busy body"
mmg aku lah "guru besarnya"
mmg aku lah "penceramahnya"
dan segala-lanya aku curahkan
demi kasih ku pada dia

adik ku...
kau perlu tahu , hidup d dunia amat lah payah
penuh dugaan penuh liku
hari ini
kau masih ada mak ada abah
kau masih ada angah ada along
bayangkanlah suatu hari nanti
kami hilang dr mata
pada sapa
tempat kau mengadu
tempat kau bergantung harap
maka
adik ku ..
muhasabah lah dirimu
akan kami bimbing kau ke jalan yang lurus
jika itu yg kau mahu ......



Jan 5, 2011

27 tahun kemudian ... tingg ....

dulu masa aku buat perangai , ikut rasa hati , memberontak aku x penah fikir perasaan dua orang tua yg begelar mak dan abah ..kdg2 aku ingat tjwb sbg anak , tapi sampai masa aku lupe .. aku langgau je x ingat apa rasa mak dan abah .. buat mak menitis kan air mata ... =( itu lah kisah lampau aku yg penuh dgn kenakalan

27 tahun kemudian........tingggggggggg......


jam 1.47 ptg , 1 mac 2009 , kala itu lah setiap filem aku masa lampau di rewind kembali ... menyesal .. penuh rse insafffff .. bukan mudah melahirkkan zuriat penyambung generasi apatah lagi mendidik dan mbesarkan amanah yg di beri ..

anaknda aku kini berusia 1 tahun 10 bulan tetapi cabarannya maha lah hebat .. adakalanya terasa manis , adakalanya gerammmmm banggattt .... benar2 menguji kesabaran dan saat tue juga lah tkenang mcmnie lah cabarannya yg mak abah aku mbesarkan aku ntah2 lagi besauuuu cabarannnya .. semakin hari semakin mcabar tjawab sbg ibu , dan setiap detik itulah mendewasakan aku , menjadikan aku insan yg bertambah matang .. bsyukur d beri kesempatan utk merasai setiap detik bgelar ibu ..

mudahan Allah berikan aku kekuatan dan idea utk didik HANA DAMIA jadi manusia yg berguna d dunia dan akhirat aminn...

buat mak dan abah , terima kasih kasih mu tiada tandingan , I LUV U !!


dan buat mu Ya Allah aku mohon dengan kasih Mu , izinkan lah dan berikan lah aku kesempatan membahagiakan mak dan abah ku sebelum kau menjemput di antara kami pulang ...... aminn