Mar 21, 2011

orang KELABU

terasa sgt penat
terasa sgt bosan
dan
terasa sgt down
dan mahu jadik
orang KELABU !!!

yang bisa HILANG ke mana-mana
tanpa ada sapa pun
tahu dan perasan
yang bisa MUNCUL
tanpa ada sapa pun
tahu dan perasan

sampai bila
aku perlu ke tempat itu
dengan perasaan
benci
sedih
penat
takut
gusar
sentiasa dlm debaran ......
sampai bila???

yang nyata
aku mahu jadik
orang KELABU
sbb aku sudah
lelah , penat
untuk ke tempat itu ......!!

Mar 7, 2011

MEROYAN kah aku !?

tidak pernah aku kesal atas apa yg Allah
timpakan sesuatu musibah
ke atas aku
malah ianya memberitahu aku
betapa indanhya hidup
setelah dapat aku atasi
segala musibah itu ...

dan tidak pernah aku kesal
di atas cacian dan tuduhan
yang di lemparkan ke atas aku
kerana aku tahu
manusia itu gentar
di atas kesilapan yang telah
dia lakukan terhadap aku

Allah maha kuasa
Allah berhak ke atas semuanya
dan hanya Dia sahaja
yang tahu
apa yang terbaik
bakal aku terima di atas
hinaan itu

tetapi .... yang aku kesalkan

apakah yang di fikirkannya
setelah di hina dan di lemparkan
dengan segala tomahan
tanpa segan silu
dia membutuhkan pertolonganku
menggunakan segala khidmatku?
di mana malunya ....?

tidak pernah aku berkira
malah walau aku d dalam
kesulitan sekalipun
sedaya upaya
aku cuba membantu
ku pujuk hati
tak apalah , kerana
Allah sayangkan aku
kerna Allah mahu buktikan
sesuatu pada nya
kiranya dia tahu
apa itu muhasabah diri

Allah sayanglah padaku
Uji lah aku di tahap kemampuanku
agar makin dekat aku padaMU
memang dahulu
terlalu banyak kesilapan
yang telah aku lakukan
percayalah
setiap detik aku berusaha
untuk berubah
agar semua tahu yang aku
bukan manusia seperti yang
mereka sangka .....

buat kamu
bahagialah .... bahagialah
di atas tomahan itu
dan aku bukan
meroyan seperti yang
kamu sangkakan ...
dan ingatlah
manusia meroyan inilah
jadik harapan pd semua ....

Mar 3, 2011

M.E.L.A.y.U


apa sudah jadik dengan bangsaku
M.E.L.A.Y.U

di manakah sifat2 kemelayuan itu ??
di mana ??
adakah ianya semakin meLAYU.. LAYU dan terus LAYU ?

mmg kau semakin maju
tetapi di manakah sifat2 kemelayuan itu ??

hmmm.....
di manakah pendirian mu
wahai bangsaku ..
adakah kau seperti LALANG
yang hilang arah ??
kembalilah seperti PADI semakin
tunduk semakin berisi ....

aku punya cita
untuk mbantu bangsaku
mahukah kamu semua
yang bernama MELAYU
untuk sama membantuku
agar kembali tegak berdiri teguh
dengan pendirian sendiri ??

tepuklah dada
tanya selera .......





Mar 1, 2011

HANA DAMIA

HANA = Rezeki Tanpa Kepayahan
DAMIA = Kebijaksanaan

1hb Mac 2011
buah hati aku sudah berusia 2 tahun
syukur Alhamdulilah

ini budak
namanya
Hana Damia

ini budak
juga di kenali dengan banyak nama
"tipah tentey"
"mek na"
"mak bonda"
dan banyak lagi

ini budak
sangat bijaksana
aku x tipu wooo
dia akan buat kau bfikir
mana dia dpt akal
d luar jangkauan
dr otak pmikiran
anak kecil

dan
ini budak
buat kau x keruan
memikirkan keletah2nya
bila dia jauh dr mata

dannn....
bila dia sudah 2 tahun
dia buat mama
mau tambah satu lagi ...

misi 2012
telah di pinda ke 2011
mohon DIA yg
maha kuasa kurniakan
dan tiupkan
zuriat atas dasar cinta
antara aku dan suami
yg sama bijaksana
seperti HANA DAMIA

aminn ...

buat Hana Damia
kamu adalah kurniaan
yg xde tolok bandingnya
nak ..
kau terlalu istimewa