Mar 7, 2011

MEROYAN kah aku !?

tidak pernah aku kesal atas apa yg Allah
timpakan sesuatu musibah
ke atas aku
malah ianya memberitahu aku
betapa indanhya hidup
setelah dapat aku atasi
segala musibah itu ...

dan tidak pernah aku kesal
di atas cacian dan tuduhan
yang di lemparkan ke atas aku
kerana aku tahu
manusia itu gentar
di atas kesilapan yang telah
dia lakukan terhadap aku

Allah maha kuasa
Allah berhak ke atas semuanya
dan hanya Dia sahaja
yang tahu
apa yang terbaik
bakal aku terima di atas
hinaan itu

tetapi .... yang aku kesalkan

apakah yang di fikirkannya
setelah di hina dan di lemparkan
dengan segala tomahan
tanpa segan silu
dia membutuhkan pertolonganku
menggunakan segala khidmatku?
di mana malunya ....?

tidak pernah aku berkira
malah walau aku d dalam
kesulitan sekalipun
sedaya upaya
aku cuba membantu
ku pujuk hati
tak apalah , kerana
Allah sayangkan aku
kerna Allah mahu buktikan
sesuatu pada nya
kiranya dia tahu
apa itu muhasabah diri

Allah sayanglah padaku
Uji lah aku di tahap kemampuanku
agar makin dekat aku padaMU
memang dahulu
terlalu banyak kesilapan
yang telah aku lakukan
percayalah
setiap detik aku berusaha
untuk berubah
agar semua tahu yang aku
bukan manusia seperti yang
mereka sangka .....

buat kamu
bahagialah .... bahagialah
di atas tomahan itu
dan aku bukan
meroyan seperti yang
kamu sangkakan ...
dan ingatlah
manusia meroyan inilah
jadik harapan pd semua ....

No comments:

Post a Comment