Dec 30, 2010

semalam 2010

pengulungan 2010
hanya tinggal sehari sahaja lagi

2010
penuh dengan suka mahupun duka
yang manis untuk di kenang
yang menyentuh jiwa

2010
rezeki kami sekeluarga
luas di bukakan pintunya
oleh yang Maha Esa
dan itu telah aku kongsikan
bersama semua insan tersayang
wpun x banyak dapat aku kongsikan
yg penting Maha Esa
tahu niat dan tujuannya
moga yg sikit itu
akan di kurniakan lebih byk
tahun 2011 nanti

2010
kerjaya
semakin berkembang semakin penting
di dalam organisasi unit harta
alhamdulilah semakin suka dgn
kerjaya wpun penuh dgn dugaan
dan cabaran dan yg paling penting
JAWATAN TETAP
yg telah di perolehi
sgt bersyukurrr
yg di nanti2 telah pun pasti
alhamdulilah

2010
yang dulu ada
dan kini telah pergi
buat sahabat2 ku
yang telah aman di sana
jgn di risau
demi persahabatan yg telah terjalin
kamu tetap selama2nya
dalam hati buat kami
semua yg masih d sini

terlau banyak kisah
semalam untuk di imbas
namun asam garam itulah
menjadi panduan
bagi meneruskan
perjalanan yang tidak tahu
bila akhirnya

2010
terasa baru semalam kau datang
dan kini kau mahu pulang
terima kasih
di atas peluang dan kesempatan
yang di beri
buat aku meniti
setiap saat , minit , jam
dalam tahun 2010
dan semuga
yang terbaek
untuk masa hadapan !!


Dec 14, 2010

raikan rasa CINTA


selepas raikan rasa cinta
kita akan lena
dan dalam lena itulah penuh
dengan debaran
kerana kita tidak tahu
masih
adakah hari esok untuk kita ?
aku punya motif
untuk terus hidup di muka bumi
yang penuh dengan onar ini
yang aku mahu
jadik hamba yg setiap harinya
patuh pada penciptaNYa
jadik anak,isteri,mama
yang patuh dan berkhidmat untuk mereka
dan mencurahkan sepenuh rasa cinta
untuk kehidupan mereka
dan semoga
hari ini dan hari-hari seterusnya
adalah
hari yang terbaik buat kita
jauhkan lah diri dari segala
kecelakaan
hampiri pada segala
kebaikan

jadiklah manusia
yang penuh dengan cita-cita
yang penuh dengan rasa cinta
yang penuh dengan timbang rasa
yang penuh dengan segala rasa manisnya

ingatlah
saat ini kau masih bernyawa
dan sujudlah padaNYA
tapi masih adakah kau wujud
pada saat seterusnya
untuk kau sujud padaNYA
dan raikan rasa CINTA ?

maka hayatilah
rasa cinta ini
hanya
untuk kamu semua ...



Dec 8, 2010

pairuz


dia seorang kawan

dan adakalanya akan menjadi lawan

tetapi dalam nada bercanda tawa

itulah resmi dalam berkawan


tetapi hari ini dia sudah tiada

tiadanya dia , pergi untuk selama-lamanya

tiada lagi senda tawa

tiada lagi geram resahnya

tiada lagi khidmatnya

untuk kita semua

perginya dia ber"cuti" untuk selama-lamanya


buat kau yang telah di tempatkan

di sana

moga kau di tempatkan

bersama2 insan yang beriman

namun jangan kau bimbang

walaupun jauh dari mata

tapi kau tetap di hati

bersama memori indah


Pairuz hilangmu buat kami terpinga

Al Fatiha buat mu di sana

Nov 6, 2010

ISA

tentang Hj. Isa

kurang pasti bile tarikh atok di semadikan dan di kembalikan ke sana . yg pasti pagi itu sungguh menusuk di hati . antara percaya atau tidak atok pergi sekelip mata . wpun mungkin aku jarang berada d hati atok sejak kecil , tapi jasa atok amat2 aku kenang . dan aku rasa sepupu yg lain juga kenang jasa atok

Allahyarham Hj. Isa bin Jaamat

atoklah yang membesarkan abah aku
atoklah yang menjalankan tugas hantar2 n jemput kita org hari2 pegi menimba ilmu naik keta datsun warna biru
atoklah jugak yg bagi along aku makan ubat kalau dia sakit time abah mak keja
atoklah juga yg jaga aku masa mak abah pegi haji kalau x silap aku
atoklah orang yang paling suke cekodok pisang mak aku , smpai mintak izin nak bwk balik rumah sikit

sejak dia pergi ke sana , ada sekali dua atok datang dlm mimpi aku , kebanyakkanya atok dalam keadaan yg paling indah , berseri .kiranya itu adalah utusan mengkhabarkan atok baik2 d sana bersama arwah nenek ... alhamdulilah buat kami d sini ..

tapi sejak2 itu , xde lagi atok muncul dlm mimpi aku .. hinggalah 4hb Nov aku terpandang pada seorang tua yg mirip atok , serba serbi sama .. pakaian , ketayap puteh , senyum , ketawa sumenye sama belaka . bagai d pukau aku tatap gerak geri klon atok .. hingga menitis air mata terasa rindu yg dtg tiba2 ... hakikatnya itu bukan atok ..

andainya atok masih ada .. pasti akan ku curik hati atok agar aku selalu d hatinya
tapi yang nyata hanyalah "al fateha" hadiah dari ku buat arwah atok dan nenek d sana

kiranya kau masih punya atok ..
jgn sampai tibe2 dia hilang dr mata dan kau tercari2 d mata atokmu ..

Al-fateha .. cucu mu Epah ;(


Nov 3, 2010

3 november 2010






3 november 2010
punya warna
buat yang berjaya
tahniah d ucapkan

buat aku
adakah sesuatu akan
berlaku dlm kerjaya ku ??
penuh tanda tanya
tak tahu d mana
letaknya aku
antara aku dan dia
kiranya itu
yang terbaik
maka aku redha menerima


Nov 2, 2010

abah aku




abah aku
bukan d lahirkan
dalam keluarga yang senang
dan tidak juga susah
sederhana katanya
dalam kamus hidup abah
hidup kita bukan susah
cukup semuanya
cuma tidak mewah
abah bahagia
dengan kata2nya
dan ayat itulah
yang aku jdikkan pegangan
utk hidup serba sederhana
dan bahagia


abah aku
punya banyak idea
banyak ilmu
cume mungkin
takdir hidupnya
kepayahan di jalani
dan di akhiri dengan
kemanisan

dulu
masa aku kecik
aku ingat sgt2
abah selalu amik upah
pasang telefon
rumah orang
abah selalu jual kasut
abah selalu jdik pengadil bola
mcm2 keja abah buat
untuk tambah pendapatan keluarga
kerana
masa tue abah
hanyalah seorang buruh

dulu
orang selalu
kata abah mcm keling
abah x handsome
abah xde pangkat
kulit abah hitam
tapi abah masih
sayang pada
orang2 itu
padanya itu semua hanyalah gurauan
terlalu banyak
cas +ve dalam diri
abah yg cuba aku
warisi

dulu
abah naik motor kapcai
kalau nak pegi rumah atok
kita org naik motor 4 beranak
sbb nak jimatkan
duet minyak keta rm5
sbb nak antau kita orang gie sekolah
betapa jimatnya
abah demi keselesaan anak2

dulu
abah ada kereta
kereta FIAT uzur warna merah
abah pernah cerita
ekzos kereta tercabut di tengah jalan
tanpa rasa segan abah kutip balik
kereta berasap2 d tengah jalan
mak selamatkan kita org
keluar dr kereta
tapi abah bangga sebab
punya kereta
untuk bawa kami sekeluarga
jalan-jalan
tanpa berpanas dan berhujan

hmm..
terlalu banyak cerita ttg abah
kepayahan abah
tapi yang
nyata
kepayahan yang abah lalui
tanpa keluhan
dan akhirnya
yang ESA anugerahkan
kehidupan yang manis
untuk hari ini
atas usaha abah
yang tidak pernah kenal erti jemu


kini abah
dapat rasa berada d atas
dapat rasa mengelilingi dunia
dapat rasa pacuan 4 roda yg mewah
dapat rasa gaji 5 angka
kerana
abah sentiasa yakin tentang takdir hidup
adalah yang terbaik buatnya

i luv u abah !!

Oct 31, 2010

yang mengusutkan fikiran











yang mengusutkan fikiran

aku percaya pd manusia yg sanggup
lakukan sesuatu demi kepentingan sdiri
tapi
percayakah aku
kalau perbuatan itu di lakonkan
d depan mataku sdiri
kerana
yang sering di dengar
rungutan
d atas ksempitan hidup
mengharapkan bantuan
mengharapkan belas kasihan
tetapi
hakikatnya di sebalik tabir
masih mampu mengecap kmewahan dunia

dalam dunia masa kini
ramai manusia
yang mempunyai
2 watak 2 personaliti
hanya untuk meraih
kepentingan sendiri
tanpa memikirkan soal pahala dan dosa
yang penting kemewahan
dunia dapat di nikmati
bahagiakah mereka?

sesungguhnya kebahagian hakiki
terletak pada kepuasan hati
kesenangan perasaan
ketenangan jiwa
kegembiraan rohani
kelapangan dada
dan di iringi
dengan sifat menerima
dan merasa cukup dengan
anugerah yang di berikan

ucaplah Alhamdulilah
maka kamu akan bersyukur
dengan apa yang kamu kecapi



Oct 28, 2010

roda


ini hanya omongan yg lahir dr hati aku.samada logik atau tidak , aku x nak tahu !! perjalanan hidup kita nie , ibarat roda.adakalanya kita d atas dan adakalanya kita d bawah
pada aku biarlah kite sentiasa merasa semua keadaan
supaya kita sentiasa muhasabah diri kita sebagai hambaNYA
di manakah kekurangan kita

bila kita selalu d atas & langsung x mahu menjenguk keadaan d bawah , sampai masa dan ketika tiba2 mendadak jatuh ke bawah, betapa cuak nyer kite nak tempuh hidup yg selama hari nie kita rasa mudah dan semua keputusan d tangan kita !

kau rasa kau betul , tapi betulkah kau d mata org lain
kau rasa kau penuh ilmu d dada , cukupkah ilmu d dada utk kau tempuh hidup
kau rasa kau kuat , kau tahu x ada orang yang lebih kuat dr kau
kau rasa kau ada kuasa , kau tahu x ada kuasa yang MAHA HEBAT dr kau

jdiklah manusia yg sentiasa bpijak d bumi yg nyata . pandang2 lah ke bawah bila kau berada d atas . kerana kekuatan sebuah rumah juga terletak dr asasnya yg berada d bawah . kau x kan tegak berdiri tanpa kekuatan d bawah . jgn smpai kau jatuh dan terus jatuh tanpa ada bantuan dr yg bawah.

Ya Allah tetapkan aku agar sentiasa menjadik manusia yang punya rasa .. agar aku sentiasa tahu d manakah letaknya aku d mata semua , agar aku tahu betapa susahnya hidup dan sentiasa bsyukur dengan apa yg aku ada , biarlah aku hina d mata mereka , tapi tidak d mata mu Ya Allah ..

apa mereka rasa??










apa mereka rasa?
dtg ke situ tanpa melakukan tjawab
yang d amanahkan
tetapi masih mahu
mengambil habuan bile tiba masanya
apa yang mereka rasa?

apa mereka rasa?
sanggup bermuka-muka
demi menjaga nasib
dan kepentingan diri sendiri
apa yang mereka rasa?

apa mereka rasa?
mempertahankan warna hitam
yang sememangnya hitam
tetapi masih mahu mengatakan
ianya putih
wpun terang d depan mata
ianya adalah hitam
apa yang mereka rasa?

apa mereka rasa?
sangup menerima hasil
yang bukan milik mereka
dan menyuapkan
kepada darah daging mereka
apa yang mereka rasa?

apa mereka rasa?
d sebelahnya memerah otak
demi mencari sesuap nasi
tapi dia ..
hanya mengoyang kan kaki
utk mcari sesuap nasi
apa yang mereka rasa??

apa mereka rasa?
bila musibah datang silih berganti
tapi masih selesa
malah berbangga
dengan musibah yang melanda
apa yang mereka rasa??

hmm...
d dunia terlalu banyak
resamnya
dan sering membuat aku tfikir
apa yang mereka rasa!!????



Oct 26, 2010

26oktober2010


Yang Esa
masih sayang padaku
itulah ayat yg
lahir dari hati
saat 26oktober2010
terukir di kalendar
untuk aku tatapi
dan mana
mungkin aku tahu
ramai yang
sayang padaku
bahagia rasanya
saat aku
mengijak usia
28tahun
aku punya
suami
anak
keluarga
dan
sahabat
yang begitu
menyayangi
26oktober
adakah lagi untuk
aku esok hari ..



Oct 24, 2010

bila takdir hidup itu , milik kamu

bila takdir hidup itu
untuk kamu
mampukah
kamu ubah takdir itu ?

apa perasaan kamu
bila takdir perjalanan hidup kamu :-

hidup susah sedari kecil
gangguan emosi yang sangat kuat
pendirian yang penuh dengan kegoyahan
terlalu banyak dugaan bakal di tempohi
kesihatan yang sering kecundang
kamu perlu survive untuk hidup
rezeki yang datang dengan usaha

aku terasa kecundang
sekiranya takdir itu memang
milik aku
puas berfikir apakah aku kan
jatuh dan terus terjatuh
mengenangkan
sekiranya takdir hidup
sebegitu untuk aku

tetapi

aku akan cuba bangkit
dan terus mencuba
untuk terus bangkit
untuk aku ubah takdir itu
mampukah aku ?



gundah gulana

gundah gulana
itulah perasaan aku saat ini
gundah gulana
yg mbawa penyesalan

benarlah kata pepatah
terlajak perahu buleh di undur
tapi
terlajak perbuatan mahupun kata
dapat kah aku undur ?

penyesalan yang tidak
bkesudahan
gundah gulana
yg dtg menjelma

apa yg ptut aku lakukan ?
mohon maaf sudah
aku pohonkan
tapi rasa gundah gulana
itu masih datang bertapa

buat semua ..
yang engkau nampak itu
bukan maksudku
sekadar niat untuk
berjenaka
apa kan daya
jenaka itu
menyakitkan hati semua
maaf aku pinta
untuk semua

Oct 12, 2010

semangat "mind your english"



bersemangat
itulah ayat yang aku
buleh anugerahkan pada semua

gelihati x hingat
mcm masuk sekolah org2 tua
mcm dlm movie p.ramlee

tpi aku tabikkk
pd senior2 yg sepatutnya
tinggalkan title d opis
dan balik memakai
uniform d rumah
masih lagi
bsemangat utk attend
english class

begitu juga
ibu yg bawak perut pun
bsemangat nak tuntut ilmu
mudahan anak d kandung
akan sama2 mendapat ilmu

gelak tawa
x hingat dunia
bile ada kawan2 yg salah
ayatnyer
hakikatnye bukan niat
nak gelakkan sesapa
sekadar menambah bangkit
semangat
agar ilmu
yang salah dapat di betulkan
dan di tuntut bersama

betullah kata rasullulah
menuntut ilmu biarlah sampai
ke negeri china
( rasanyer betul ayat nie )

mak aku pun slalu kata
belajau lah nak sampai
ke langit hijau
agar ilmu penuh d dada

biarlah setua mana kamu
tuntutlah ilmu sehingga ke akhir hayat...


*buat classmate ku all the best!!

Oct 10, 2010

menghayati saat


bila ajal dan maut
ada d mana - mana

hayati setiap saat
yang ada d depan mata

hayati setiap lekuk
yang ada d dunia

hayati setiap raut insan tersayang
bila d depan mata

hayati setiap saat bebelan sang ibu
yang singgah di corong telinga

hayati gurauan si bapa
menusuk di dalam jiwa

hayati kasih syg darah daging
yg masih ada d setiap sisi

jangan sampai
kamu terjaga


dan semuanya lenyap di depan mata
hanya kabus gelap
yg menemani
setiap kekesalan di hati

Oct 9, 2010

dan aku yakin dia punya sesuatu


bila usaha jadi kenyataan
pasti manis utk di kenang

dia..
susah payah nyer akhirnya terbalas
atas usaha sungguh2nyer

korang nak tau
masa dia kecik , dia pernah bgtau aku
ramai yg suke hina dia
d sebab kan org rasa dia
x berapa nak comel
d sebabkan ksusahan keluarga
org pandang hina pd dia
antara ayat yg x buleh aku lupe
dia kata org pernah
cakap dia "..pergi sana main jauh2"
dia lari bawak diri ke hujung sungai
tempat mengadu nasib
hakikatnya rahsia itu d simpan rapi
sampailah aku sahaja yg tau ...

dia..
bkerja mencari rezeki
walaupun masih di bangku sekolah
hasil mengumpul tahi ayam lah
yg menjadi duet tambahan utk
ke sekolah termasuk
RM50 utk mak abah jauh d mata
sambil menanam azam dalam hati
nasib keluarga akan dia ubah

dia..
membesar , bertukar ganti
pengalaman yang di cari
untuk di jadikan panduan hidup
bawa diri ke ibu kota
dan akhirnya mendapat rezeki
ke rumah Allah
sambil menabur bakti kepada hamba2 Allah
yang mengerjakan ibadat haji
khidmatnya dan nawaitu nya
pernah di puji
yang aku dengar sendiri
"awak bertuah , dia manusia baik hati
dia ibarat ahli syurga"
alhamdulilah

dan kini...
kerana cacian
kerana usaha
kerana niat
kerana keihklasan
dia makin berjaya
dengan izin yang ESA
bukan niat aku membuka sesuatu
tapi niat menyatakan rasa bangga
dengan kurniaan dari NYA kepada aku
dan aku yakin dia punya sesuatu..


.



Oct 8, 2010

H.I.D.U.P

terlalu lama tak menghadap belog yg sudah bersawang nie dan sepanjang peninggalan itu lah
terlalu banyak tentang hidup yang telah aku harungi terlalu banyakkk..
dan kerana tentang hidup itulah semangat aku yg jatuh
akan bangkit berkali2
jatuh dan bangun berkali2

terima kasih yang ESA kerana masih ingat pada hambamu dengan dugaan MU itulah
yang benar2 memberi aku ruang utk menghayati setiap saat dan detik
nikmat kehidupan

s.u.d.u.t r.e.z.e.k.i


makin hari semakin hebat cabaran yang aku kerjakan dan setiap hari jugalah
aku tidak tahu di mana letak nya nasib aku dan yang lain2
jam sebelumnya mungkin kau akan tersenyum dan minit selepasnya
kau mungkin akan mencuka ahahahaha...
terlalu banyak dosa dah kami tempah dari bebelan luahan hati setiap hari ... =)
terdetik juga dalam hati bila sedang aku usahakan satu amanah dan misi
timbul rasa knikmatan halal mencari rezeki
demi membesarkan zuriat penyambung kasih hasil dari keluh kesah dalam mengerjakan
amanah dan misi itu tambahan bile keluh kesah itu di balas dengan ucapan yang
x pernah aku mimpi utk aku dengari
alhamdulilah..
mak selalu
bkata suatu hari nanti
mungkin ada sesuatu
utk kamu wahai anak..
terima kasih mak
berkat doa mu
aku masih mampu bertapak
di sudut mencari rezeki

r.u.m.a.h.t.a.n.g.g.a


2 minggu yang lalu terlalu banyak perlu aku korbankan rumahtangga demi amanah dan misi mencari rezeki , tinggalkan suami dan anak di kala waktu matahari terbit
dan bersua kembali bila matahari sudah lama pulanggg .. sedih,hampa penuh dalam hati
tapi apakan daya , namun aku sgt bsyukur punya suami dan mertua yg cukup memahami
dan anak yg pandai membawa diri..


dan makin hari rumahtangga dan tiang seri yang d bina kuat teguh berdiri

s.a.h.a.b.a.t

tak banyak nak aku katakan , directly nak cakap d sini ..
aku sayang sgt pd
-ketua secretary ( kdg2 dia ketua , kdg2 dia secretary..ahahahaa )
-c.c epah
-ibu yg sedang mengandung ( yang mkin anggun )
-encik pelawak dan cik pelawak jauh di ibu negara
-sista2 yg byk bg aku semangat
-team harta yang bakal berpecah satu hari nanti .... uwaaaaa!!

s.u.t.e.r.a.b.e.l.i.a

mak abah byk tiupkan semangat d kala aku jatuh terjunam ke bawah , dan aku cuba dan cuba naik kembali dengan lagu bebelan mak dan abah yg penuh dengan azimat


terima kasih mak abah ...
nak bagitau yg epah x sanggup hilang
mak abah .. kalau dapat epah gadaikan nyawa sanggup epah gadaikan
asalkan mak abah sentiasa d depan mata
i luv u ..
buat along dan sis in law ku kamu berdua adalah puzzle
yg sgt perlu di cantumkan setiap keping puzzle itu
agar ianya sentiasa bersatu


sekiranya hilang sekeping puzzle maka
tahulah kamu mengapa
kamu perlu sentiasa d cantumkan
bahagia utk kamu dr aku

buat lokman kembar si ashraff muslim

semoga usaha kau
di anugerahkan kejayaan
angah doakan ....

terima kasih semua .. pelengkap hidup dan pemangkin semangat utk aku terus berjuang setiap hari yg ESA hadiahkan nafas utk aku terus berjuang mengharungi
k.e.h.i.d.u.p.a.n