Nov 2, 2010

abah aku




abah aku
bukan d lahirkan
dalam keluarga yang senang
dan tidak juga susah
sederhana katanya
dalam kamus hidup abah
hidup kita bukan susah
cukup semuanya
cuma tidak mewah
abah bahagia
dengan kata2nya
dan ayat itulah
yang aku jdikkan pegangan
utk hidup serba sederhana
dan bahagia


abah aku
punya banyak idea
banyak ilmu
cume mungkin
takdir hidupnya
kepayahan di jalani
dan di akhiri dengan
kemanisan

dulu
masa aku kecik
aku ingat sgt2
abah selalu amik upah
pasang telefon
rumah orang
abah selalu jual kasut
abah selalu jdik pengadil bola
mcm2 keja abah buat
untuk tambah pendapatan keluarga
kerana
masa tue abah
hanyalah seorang buruh

dulu
orang selalu
kata abah mcm keling
abah x handsome
abah xde pangkat
kulit abah hitam
tapi abah masih
sayang pada
orang2 itu
padanya itu semua hanyalah gurauan
terlalu banyak
cas +ve dalam diri
abah yg cuba aku
warisi

dulu
abah naik motor kapcai
kalau nak pegi rumah atok
kita org naik motor 4 beranak
sbb nak jimatkan
duet minyak keta rm5
sbb nak antau kita orang gie sekolah
betapa jimatnya
abah demi keselesaan anak2

dulu
abah ada kereta
kereta FIAT uzur warna merah
abah pernah cerita
ekzos kereta tercabut di tengah jalan
tanpa rasa segan abah kutip balik
kereta berasap2 d tengah jalan
mak selamatkan kita org
keluar dr kereta
tapi abah bangga sebab
punya kereta
untuk bawa kami sekeluarga
jalan-jalan
tanpa berpanas dan berhujan

hmm..
terlalu banyak cerita ttg abah
kepayahan abah
tapi yang
nyata
kepayahan yang abah lalui
tanpa keluhan
dan akhirnya
yang ESA anugerahkan
kehidupan yang manis
untuk hari ini
atas usaha abah
yang tidak pernah kenal erti jemu


kini abah
dapat rasa berada d atas
dapat rasa mengelilingi dunia
dapat rasa pacuan 4 roda yg mewah
dapat rasa gaji 5 angka
kerana
abah sentiasa yakin tentang takdir hidup
adalah yang terbaik buatnya

i luv u abah !!

1 comment: