Jun 17, 2010

- 3 LELAKI itu -

kisah tentang 3 LELAKI itu


LELAKI s.a.t.u

di sebabkan LELAKI itu , aku wujud di dunia dan kerana kasih sayang LELAKI itu dengan emak maka aku lahir di dunia . dalam tempoh 28 tahun aku bernafas di muka bumi Allah ni , terlalu banyak cerita tentang LELAKI itu dah aku saksikan . LELAKI itu tabah , setenang-tenang bunyi dengkurannya setiap hari .. ahahaha ..
terlalu banyak pahit yang LELAKI itu harungi sebelum LELAKI itu rasa manis pada hari ini . dulu LELAKI itu hanya lah buruh , tapi LELAKI itu punya misi , punya azam demi kami walaupun ada mulut keji yang mencaci dan kini LELAKI itu .. menjadi tunggak di setiap komuniti ..


LELAKI itu adalah ABAHku !!


LELAKI d.u.a

LELAKI itu datang mcm cahaya saat kgelapan . meninggalkan LELAKI dulu utk harung hidup yang baru . dan kerana jodoh dan kasih sygnya kini dia menjadi LELAKI terhebat dalam hidupku .
terima kasih papa , kamu yang terbaik dlm hidup kami .
kita bersama titipkan doa semoga setiap hari menjadi milik kita bersama hingga ke akhirnya .


LELAKI itu adalah SUAMIku !!


LELAKI t.i.g.a

LELAKI ini lah yang membesarkan LELAKI terhebat dalam hidup aku , dia sgt cool !!! berjiwa mulia pada setiap insan d dunia. terima kasih abah kerana terima aku dalam hidup kamu semua !!


LELAKI itu adalah ABAH MERTUAku !!


kepada 3 LELAKI itu ,

terima kasih kerana menjadi LELAKI-LELAKI
yang penuh bermakna dalam hidup aku setiap hari .

SELAMAT HARI BAPA !!

No comments:

Post a Comment