bercerita tentang kehidupan
setiap kali aku terpandang mana2 lokasi ,situasi
sure aku berdialog dalam hati
KALAU AMBULANS LALU
"ya Allah selamatkanlah
orang yang sakit dalam ambulans tue ek"
KALAU LALU KAT HOSPITAL
"mintak2 sume pesakit
kat hospital tue cptlah sembuh"
KALAU JUMPE CINA TEMPANG BERJALAN
"mintak2 selamat lah kat mana
je kau nak pergi
semuga sihat lah selalu hendaknya"
* (hari2 aku gie keja aku sure berselisih
dgn lelaki cina tempang jalan nak gie bus stop )
KALAU JUMPE ORANG TUA MCM HILANG ARAH
"pakcik , makcik
moga Allah lindung d mana pun berada"
KALAU LALU KAT AREA PERUMAHAN MEWAH
"isyhhh .. best nyer kalau
aku dapat rumah besau mcm korang
nak ajak mak mertua n apak mertua
tinggal sekali .. bestnyer!!!"
KALAU ALPHARD LALU KAT SEBELAH
"papa bestnye kalau kita
ada Alphard nie , leh jejalan ek
dgn mak abah .. selesa kan .. kan ...
sure hana ke depan ke belakang"
KALAU KERJA MENIMBUN KAT OPIS
"bile lah aku nak jumpe duet juta2 ,
x payah susah kepala nak fkir keja
kat opis , aahahahhaha"
KALAU BUKAK FB TENGOK KAWAN2 HEBAT
"nak jadik mcm korang , jdik pegawai besau
berjaya ... pandai , hebat , bergaya .. xpe2
aku pun leh jdik mcm korang .. aku akan usaha"
KALAU AKU PANDANG PAPA NYENYAK TIDO
"papa , mama sayang papa
semoga usaha , penat lelah papa
Allah akan hadiahkan kejayaan dan makbulkan
impian papa utk tambah rezeki keluarga kita
dan terima kasih Allah kurniakan aku suami
semulia papa"
KALAU AKU PANDANG HANA
"hana , jdik anak yang baik
jdik budak yg bijak , hormat org tua
mama sayang hana .. dan ya Allah
izinkan aku dan berilah aku masa
utk mbesarkan hana damia"
dalam hidup aku , dari aku kecik sampailah
sekarang.aku mmg suke berdialog dalam
hati.adakalanya sampai x sadar
aku menangis bsyukur dgn apa yg aku ada
alhamdulilah ..
dan kerana dialog2 ini lah
aku semakin menghargai setiap saat
yang Esa kurniakan kesempatan
untuk aku bersyukur
di atas nikmatnya ..
No comments:
Post a Comment